BADAR Spiritual Night @ FunFest '19

‘Spiritual Night’ ini telah dianjurkan oleh Kelab BADAR Kolej 9 & 10 pada 20 Februari 2020 di pentas utama FUNFEST ’19 dengan tujuan meraikan kehadiran anak-anak yatim dan mengeratkan hubungan antara anak yatim, pelajar dan pensyarah.

Kelab Bakti Siswa Fun Brain Games @ FunFest '19

Fun Brain Games ini merupakan satu program Kelab Bakti Siswa yang dianjurkan pada 21 hingga 22 Februari 2020 di Arked Lestari. Program ini bertujuan untuk mengisi masa lapang pelajar-pelajar Kolej 9 & 10 dengan aktiviti berfaedah. Seterusnya, ini dapat mengeratkan hubungan antara Majlis Tertinggi dan ahli Kelab Bakti Siswa.

Kelab Inovasi FUNSHOOT @ FunFest '19

Program ini telah dianjurkan oleh Kelab Inovasi Kolej 9 &10 pada 21 hingga 22 Februari 2020. Program ini adalah salah satu aktiviti penjanaan dana kelab untuk program seterusnya dan dapat meningkatkan nilai entrepreneur dalam ahli kelab. Seterusnya, program ini dapat mendedahkan tentang kewujudan Kelab Inovasi yang sudah sekian lama ada. Ini juga dapat mengukuhkan hubungan antara ahli Kolej 9 &10.

Kelab IT Arcade Games @ FunFest '19

Pada 21 hingga 22 Februari 2020, telah dianjurkan program tahunan “FUNFEST ‘19” di Kolej 9&10 dan Kelab IT telah mengambil peluang ini untuk menguar-uarkan kepada penduduk kolej 9&10 tentang kewujudan dan kelebihan Kelab IT dan menyediakan medium untuk para peminat ‘e-games’

Kelab Keusahawanan 'The Haunted House' @ FunFest '19

The Haunted House yang berlangsung di gelanggang sepak takraw pada 20 hingga 22 Februari 2020 telah dijalankan oleh Kelab Keusahawanan Kolej 9 & 10 dengan kolaborasi dari FUNFEST ’19 untuk memperoleh penjanaan dari aktiviti yang dapat menarik minat penduduk kolej. Ini juga dapat memberi pengalaman menguruskan satu program dan menanam sifat kerjasama antara satu sama lain.

Kelab SEMASEH 'Cultural Night' @ FunFest '19

Kelab SEMASEH dengan kerjasama Jawatankuasa Mahasiswa Kolej 9 & 10 telah menganjurkan ‘Cultural Night’ pada 21 Februari 2020 bertujuan untuk mempersembahkan aktiviti seni yang dijalankan oleh kelab ini. Ini juga dapat menarik minat dan mengembangkan bakat di kalangan pelajar Kolej 9 & 10 terhadap aktiviti seperi tarian tradisional, nyanyian, sketsa dan sebagainya.

Kelab Sukan dan Rekreasi (KSR) 'Sukan Rakyat' @ FunFest '19

Sukan rakyat yang dianjurkan oleh Kelab Sukan & Rekreasi bersama kerjasama dari FUNFEST ’19 diadakan pada 22 Februari 2020 dan bertempat di gelanggang dan padang Kolej 9 & 10. Objektif program ini adalah untuk menarik minat mahasiswa untuk lebih cenderung ke arah sukan dan mengeratkan hubungan penghuni Kolej 9 &10.