
Sebelum program, Kelab Bakti Siswa mengatur dan membahagi kerja kepada setiap ahli yang terlibat dan melakukan perbincangan mengenai alatan dan barang yang diperlukan. Seterusnya, mereka melakukan persiapan booth di Arked Lestari yang melibatkan semua ahli.
Pada hari kejadian, ahli ditugaskan bergilir-gilir menjaga booth. Aktiviti yang dipermainkan ialah tuju dart pada belon dan permainan karom. Permainan yang dipilih oleh Kelab Bakti Siswa ini dapat menguji minda para peserta dan dapat meningkatkan fokus seseorang.
Program ini menarik perhatian para pengunjung terutamanya pada sesiapa yang berkunjung ke Arked Lestari kerana tempat yang agak strategik untuk para penduduk Kolej 9 & 10.
Secara keseluruhan, program ini telah berlangsung selama dua hari yang bertempat di Arked Lestari. Melalui program ini, matlamatnya dapat dicapai iaitu bagi merapatkan hubungan antara ahli kelab. Selain itu, pendapatan kelab juga dapat ditingkatkan melalui wang yang dijana melalui permainan yang disediakan. Diharapkan pengisian aktiviti kelab ini dapat membantu pelajar untuk menggunakan masa terluang dengan perkara yang berfaedah dalam kehidupan seharian
