Figure 1. Cast for ‘Sketsa Budaya’
Kelab SEMASEH dengan kerjasama Jawatankuasa Mahasiswa Kolej 9 & 10 telah menganjurkan ‘Cultural Night’ pada 21 Februari 2020 bertujuan untuk mempersembahkan aktiviti seni yang dijalankan oleh kelab ini. Ini juga dapat menarik minat dan mengembangkan bakat di kalangan pelajar Kolej 9 & 10 terhadap aktiviti seperi tarian tradisional, nyanyian, sketsa dan sebagainya.

Program ini dimulakan dengan persembahan ‘Sketsa Budaya’ pada pukul 9 malam yang telah dilakonkan oleh Kelab SEMASEH itu sendiri. Seterusnya, majlis diteruskan dengan nyanyian dari Syahid Amran iaitu seorang pelajar dari Kolej 10. Beliau telah dipilih untuk membuat persembahan kerana suaranya yang lunak dan telah memenangi banyak pertandingan nasyid di sekitar Johor dengan menyanyikan dua buah lagu.

Kemudian, majlis diteruskan dengan persembahan tarian tradisional dari Kelab SEMASEH itu sendiri. Tarian yang dipersembahkan terdiri dari 3 tarian tradisional di negara ini. Malam Kebudayaan ini diakhiri pada jam 11 malam tepat.

Program ini berjalan dengan lancar dan teratur seperti yang dirancang. Ia juga mendapat sambutan dari pelajar Kolej 9 & 10 sehingga tidak mencukupi kerusi untuk para pelajar duduk menonton persembahan.

Figure 2. Crowd from 9&10 College
Figure 3. Dancers for Traditional Dance