Figure 1. Program’s Participants
Pada 21 hingga 22 Februari 2020, telah dianjurkan program tahunan “FUNFEST ‘19” di Kolej 9&10 dan Kelab IT telah mengambil peluang ini untuk menguar-uarkan kepada penduduk kolej 9&10 tentang kewujudan dan kelebihan Kelab IT dan menyediakan medium untuk para peminat ‘e-games’

Prior to the start of the program, the IT Club held and appointed a committee member for “Arcade Game” @ FUNFEST ’19 with the committee members involved in the program. They have agreed to set each game per round for RM1.00 except FIFA for RM3.00 per round.

The “Arcade Game” @FUNFEST ’19 takes place over two days in front of the 9 & 10 college office and runs from 11am to 11pm.

The program is well received by both men and women. The ‘E-Sport’ being played are ‘Dota’, ‘Mobile Legends’,’ FIFA ’19’, ‘CS Go’, ‘The House of the Dead’ and more. The games on offer have attracted many college students to come down and take the time to try out the ever-growing ‘E-Sport’ around the world.

Sebelum program bermula, Kelab IT telah mengadakan perjumpaan dan melantik ahli jawatankuasa bagi “Arcade Game” @ FUNFEST ’19 bersama ahli jawatankuasa yang terlibat untuk program ini. Mereka telah bersepakat untuk menetapkan setiap permainan per pusingan ialah RM1.00 kecuali FIFA dengan mencaj RM3.00 per pusingan.

“Arcade Game” @FUNFEST ’19 berlangsung selama dua hari bertempat di hadapan pejabat kolej 9&10 dan bermula dari jam 11 pagi sehingga jam 11 malam.

Program ini mendapat sambutan daripada lelaki mahupun perempuan. ‘E-Sport’ yang dipermainkan ialah ‘Dota’, ‘Mobile Legends’, ‘FIFA ‘19’, ‘CS Go’, ‘The House of the Dead’ dan lain-lain lagi. Permainan yang ditawarkan sangat menarik perhatian ramai penduduk kolej untuk turun dan meluangkan masa untuk mencuba ‘E-Sport’ yang semakin hangat dipertandingkan di seluruh dunia.

Terdapat beberapa permasalahan semasa hari kejadian iaitu bekalan elektrik yang terganggu selama lebih kurang satu jam pada hari pertama program, seterusnya lokasi yang tidak bersesuaian kerana tempat duduk yang sempit dan perlindungan dari air hujan menyebabkan peralatan terkena tempias.

Oleh itu, sebagai penyelesaiannya, penyediaan tempat dan kelengkapan yang lebih bersesuaian seperti di bawah khemah atau tempat yang lebih strategik.

Figure 1. Participants’ Registration
Figure 1. ‘E-sport’ Games