
Program ini telah dirasmikan oleh pengerusi Kelab Inovasi itu sendiri iaitu Tengku Mohamad Khairul Anwar bin Tengku Azam.
Kelab ini telah mensasarkan kehadiran peserta program seramai 50 orang yang terdiri daripada siswa siswi Kolej 9 & 10 UTM Johor Bahru dan orang awam.
Seramai 35 orang yang telah menyertai program Funshoot ini terdiri daripada pelajar kolej sendiri dan juga orang awam. Program ini menarik minat pengunjung yang hadir dengan mempromosikan baucar permainan memanah di Stadium UTM.
Program ini pada awal perancangannya ialah melakukan aktiviti memanah tetapi ada beberapa permasalahan yang tidak dapat dielakkan. Jadi, Kelab Inovasi meneruskan program dengan perancangan yang lain iaitu melakukan permainan ‘dart’ dan perlu tujukan pada belon. Jika belon yang dipecahkan berisi baucar aktiviti memanah, peserta akan diberikan hadiah dan baucar.
Keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancer dan mendapat perhatian oleh penghuni kolej 9 & 10. Untuk program seterusnya, Kelab Inovasi boleh perbaiki lebih lagi dalam pengurusan dan perancangan program.

