
Kelab Badan Dakwah & Rohani (BADAR) adalah merupakan salah satu kelab bawah Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) Kolej 9&10 yang bertanggungjawab untuk mengadakan aktiviti-aktiviti dan program kerohanian bagi penghuni Kolej 9&10. Terdapat beberapa objektif kelab BADAR ditubuhkan antaranya ialah:
- Untuk meningkatkan syiar Islam
- Pelajar dapat merancang dan memimpin sebuah badan berteraskan agama di alam universiti
- Melatih menjalankan kegiatan keagamaan dan dakwah Islamiah di dalam lingkungan kolej dan kampus
- Melatih pelajar mengurus dan merekod kegiatan secara sistematik
- Menyemarakkan program-program kebudayaan Islam
- Pembudayaan ilmu sebagai nadi kecemerlangan akademik
Visi:
Membina suasana Islam dalam kalangan warga kolej.
Misi:
- Memasyarakatkan BADAR
- Memasyarakatkan agenda dakwah
- Membudayakan penghayatan ilmu