Kelab IT kolej 9 & 10 (KIT) ditubuhkan pada sesi tahun 2008/2009 memfokuskan pembelajaran ilmu teknologi mengenai “software” & “hardware” melibatkan penggunaan teknologi komputer. Pelbagai aktiviti pembelajaran “image & video editor software” yang menarik seperti Adobe Photoshop, Adobe After Effect dan Proshow Producer dijalankan pada setiap sesi. Bengkel Penyelenggaraan Komputer turut diperkenalkan pada sesi 2015/2016 untuk menambah lagi ilmu pengetahuan dalam bidang “computer services” tidak kiralah “hardware” mahupun “software”. Pada sesi 2019/2020, Kelab IT Kolej 9&10 dipimpin oleh saudara Muhammad Nadzmi Bin Abdul Rashid di bawah penyeliaan Biro Multimedia & Publisiti JKM Kolej 9&10 dan bimbingan daripada Felow Dr. Amir.