Kelab Bakti Siswa (KBS) adalah satu kelab yang bernaung di bawah Kolej 9&10 Universiti Teknologi Malaysia. Tujuan kelab ini ditubuhkan adalah untuk melatih mahasiswa mahasiswi supaya dapat berinteraksi dan berkomunikasi dengan komuniti luar sekali gus memberi sumbangan kepada masyarakat dari segi tenaga, masa dan juga ilmu pengetahuan. Sepanjang tahun KBS akan menjalankan program-program yang berbentuk khidmat komuniti. Program-program yang dijalankan melibatkan masyarakat di luar kampus dan universiti. Pada sesi 2019/2020, Kelab Bakti Siswa (KBS) dipimpin oleh saudara Muhammad Hafiq bin Yahya dibawah penyeliaan Biro Kebajikan & Keselamatan dan bimbingan Dr. Fairuz.