Inisiatif BAPP bersama MPP dalam menaiktaraf SUB baharu

2020

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) Bil 1/2020 bertarikh 7 Januari 2020 bersetuju meluluskan cadangan penyusunan semula fungsi SUB.

Seterusnya pada 24 Mei 2021 Mesyuarat JPU Bil 10/21 bersetuju memperuntukan sejumlah RM3 Juta bagi kerja-kerja menaiktaraf bangunan SUB.

Pada 2 Julai 2020, suatu perbincangan meja kecil antara pihak pengurusan JTCNHEPA (dahulu dikenali JTCNHEP) bersama wakil JHB menjadi lakaran sejarah dalam usaha menaiktaraf SUB (Student Union Building)UTM.

Perbincangan tersebut diketuai oleh mantan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Profesor Dr. Durrishah binti Idrus yang turut dihadiri oleh Pengarah Pembangunan Aktiviti Pelajar, Prof. Madya Dr. Azlan bin Abdul Latib.

Pada 18 Oktober 2020, mesyuarat semakan spesifikasi dan keperluan SUB baharu telah diadakan.

Bertitik tolak dari tarikh bersejarah ini, maka “New SUB” telah siap sepenuhnya yang bakal menyaksikan kegiatan pelajar untuk mengetengahkan bakat dan menjalankan aktiviti secara terbuka serta dalam persekitaran kondusif.Ia juga diharap dapat memupuk pembangunan dan penyerlahan bakat pelajar.

 

2023

Pada 10 Ogos 2023, secara rasminya, penyerahan bangunan SUB baharu daripada pihak Jabatan TNCP kepada Jabatan TNCHEPA telah diadakan bersama-sama dengan penyerahan kunci. 

Encik Arman bin Md Yasin mewakili Jabatan TNCHEPA telah menandatangani dokumen penerimaan seterusnya menerima kunci bangunan tersebut.

Antara kemudahan-kemudahan yang terdapat di SUB baharu antaranya: 

  • Pejabat Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). 
  • Pejabat Kesatuan Pelajar (Student Union).
  • Pejabat Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (JPMPP).
  • 5 lot Usahawan Pelajar.
  • 1 unit Studio Latihan untuk aktiviti kebudayaan pelajar.
  • 1 unit Student Studio bagi penyiaran radio kampus.
  • Dewan Seminar.
  • 7 unit Bilik Mesyuarat Pelajar.
  • Pejabat Kesatuan Pelajar.
  • Ruang pameran terbuka.
  • Ruang Pantri
  • 5 Lot Usahawan Pelajar.