Bahagian Aktiviti & Pembangunan Pelajar

Bahagian Pembangunan dan Aktiviti Pelajar adalah bahagian yang memberi khidmat kepada semua persatuan/kelab/Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) dan juga sebagai penasihat kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang merupakan badan utama mewakili semua mahasiswa.

Bahagian ini bertanggungjawab mengurus program mahasiswa seperti Festival Konvokesyen, membantu aktiviti Minggu Mesra Mahasiswa, Pilihan Raya Kampus, Anugerah Gemilang Mahasiswa, UTM Top Bidder, 5ETP, Kursus Pengurusan Persatuan, Jamuan Hari Raya Mahasiswa, Majlis Berbuka Puasa Mahasiswa dan pelbagai program tahunan termasuk sambutan Bulan Kemerdekaan.

Bahagian ini juga bertindak menguruskan program-program seminar, kursus, dialog, lawatan, khidmat masyarakat, pembangunan diri, sukan dan rekrerasi, kebudayaan, seni pertahanan diri serta pengurusan kemudahan sokongan khusus kepada semua mahasiswa.

Selain daripada itu, BAPP bertanggungjawab memproses dan memberi kelulusan program mahasiswa yang terdiri daripada kelab dan persatuan serta JKM. BAPP juga  bertindak sebagai penasihat dan penyelaras serta pemantau program-program yang dilaksanakan oleh mahasiswa.

Bagi tugasan dan tanggungjawab luaran (external) pula, unit ini menyelaras aktiviti Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM), Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia (MADUM), Majlis Sukarelawan Universiti-Universiti Malaysia (MASKUM), Majlis Usahawan (MAKMUM) dan Majlis Latihan Universiti-Universiti malaysia (MAKLUM). Unit ini juga mengawal selia dan memproses permohonan peruntukan kewangan dan menyelaras tabung kewangan kelab/persatuan. Selain itu, unit ini turut menyelaras kelulusan permohonan dan libatsama program yang melibatkan Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Belia dan Sukan dan lain-lain agensi dan  syarikat.