blog hep

kami sampaikan

Norma Baharu Minggu Mesra Mahasiswa Sesi 2020/2021

 

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar baharu Ijazah Sarjana Muda Sesi 2020/2021.

Semestinya ini adalah kali pertama kami menjalankan proses Minggu Mesra Mahasiswa untuk pelajar Ijazah Sarjana Muda yang diadakan sepenuhnya atas talian akibat pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia. Namun, semua program yang dijalankan atas talian tidak kurang hebatnya bagi membolehkan sesi suai kenal pelajar baharu kepada Universiti Teknologi Malaysia.

Program Minggu Mesra Mahasiswa Sarjana Muda Sesi 2020/2021 ini akan bermula dari 11 Oktober 2020 hingga 14 Oktober 2020. Oleh itu, diharapkan semua pelajar aktif dalam turut serta dalam semua aktiviti yang dianjurkan.

Tahniah kami ucapkan sekali lagi kepada semua pelajar baharu Sarjana Muda Sesi 2020/2021!

Hak Cipta Terpelihara @2019-2020    |    Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni, UTM Kuala Lumpur