Merujuk kepada Pekeliling Akademik Bil.1/2023 bertarikh 30 Mac 2023, sukacita dimaklumkan bahawa Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa (TNCAA) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah memberikan kata sokongan berkenaan kelulusan untuk mengadakan kelas dalam talian pada minggu ke-5 mengikut ketetapan fakulti pada tarikh dengan syarat-syarat yang berikut:

1. Semua aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) pada hari Rabu (19 April 2023) hingga hari Jumaat (21 April 2023) akan dilaksanakan secara dalam talian.
2. Semua aktiviti akademik yang berkaitan dengan makmal, studio, ujian dan lain-lain yang memerlukan kehadiran fizikal akan dijadualkan semula.

Walau bagaimanapun, setiap fakulti akan mengeluarkan pekeliling sendiri bagi menjelaskan tarikh pelaksanaan kuliah dalam talian yang telah ditetapkan oleh fakulti masing-masing.

Sebarang keputusan berkenaan kaedah pembelajaran masih tertakluk di bawah pihak fakulti dan adalah muktamad. Kami daripada pihak Majlis Perwakilan Pelajar berharap agar mahasiswa/wi dapat menghormati keputusan TNCAA, Prof. Sr Dr. Hishamuddin Mohd Ali dan fakulti UTM.

Sekian, terima kasih.

Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi Malaysia
Sesi 2022/2023.