Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Malaysia menyambut baik agenda pemerkasaan mahasiswa yang merangkumi 2 fasa utama yang perlu dilaksanakan dengan segera. Hal ini adalah selari dengan amanat YBM Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin dalam Ucapan Perutusan Tahun Baharu KPT 2023 pada 30 Januari yang lalu. YBM KPT menegaskan intipati azam beliau yang kesebelas dalam konteks pemerkasaan mahasiswa yang mana merangkumi penubuhan Kesatuan Mahasiswa, yang mana mahasiswa diberikan kebebasan serta kuasa mahupun autonomi yang bersesuaian.

Kami melihat agenda pemerkasaan mahasiswa ini adalah wajar untuk dilaksanakan dalam usaha merealisasikan hasrat pemerkasaan mahasiswa ini. Melalui agenda ini, dapat kita lihat bahawa mahasiswa diberikan kebebasan serta autonomi secara berperingkat sekaligus membina kepercayaan di antara mahasiswa kepada pihak KPT dan begitu juga sebaliknya.

Sekian, terima kasih.

Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi Malaysia
Sesi 2022/2023.