Pada 20 Februari 2023 yang lalu, pihak Jabatan Akademik dan Antarabangsa Majlis Perwakilan Pelajar UTM telah mengadakan sesi libat urus perancangan dan pembentangan Kalendar Akademik UTM sesi 2023/2024 bersama pegawai Bahagian Pengurusan Akademik (AMD).

Dalam merangka Kalendar Akademik sesi 2023/2024, terdapat beberapa perayaan yang pihak MPP ingin berikan perhatian seperti:
📌 Cuti Tahun Baru Cina
Tarikh : 10 dan 11 Februari 2024 (Sabtu dan Ahad)

📌 Cuti Hari Raya Aidilfitri
Tarikh : 10 dan 11 April 2024 (Rabu dan Khamis)

Justeru itu, pihak MPP dan AMD berharap mahasiswa/wi dapat mengambil maklum dan menghormati keputusan yang telah dicapai. Pihak MPP juga berharap mahasiswa/wi dapat melakukan persiapan awal untuk menghadapi cuti-cuti tersebut.

Sekain, terima kasih.

Jabatan Akademik dan Antarabangsa
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi Malaysia
Sesi 2022/2023.