Pada 13 Jun 2023 yang lalu, kami daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah mengadakan kunjungan hormat bersama Seksyen Projek Penyenggara (SPP), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk membincangkan perancangan pembangunan masa hadapan UTM dan penjelasan isu-isu utama yang berbangkit di UTM.

Agenda-agenda yang dibincangkan semasa perjumpaan tersebut adalah seperti yang berikut:
1. Fasa pembangunan dan anggaran tempoh siap bagi kolam renang
2. Fasa pembangunan dan anggaran tempoh siap bagi penurapan jalan raya
3. Jadual penyelenggaraan fasiliti dan kemudahan kampus
4. Jadual pemotongan rumput dan pokok
5. Penerangan tentang penyenggaraan lampu jalan raya
6. Prosedur pemberitahuan terputus elektrik
7. Prosedur aduan serangga perosak di kolej kediaman
8. Platform Aduan Pelajar
9. Prosedur mencari barangan hilang dalam pembetung
10. Prosedur aduan serangga perosak di kolej kediaman
11. Kegunaan Electronic Complain System (ECS)
12. Perancangan jangka panjang pembangunan di Kampus UTM JB

Para mahasiswa boleh mendapatkan penjelasan berkaitan perkara tersebut berdasarkan kenyataan rasmi di atas.

Sekian terima kasih.

Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi Malaysia
Sesi 2022/2023