Select Page

JKM Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI) telah menganjurkan Short Film Camp (SFC) 2020, bermula pada 13 hingga 15 Februari 2020 di sekitar kawasan UTM dan juga Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indahpura.

Program selama tiga hari ini bermula dengan “sharing session” tentang asas videografi yang telah disampaikan oleh En. Mohamad Faris, Jurufotografi (HEK) dan En. Mohamad Nizam, Penerbit Rancangan (UTMLead).

Pada hari kedua, seramai 20 orang peserta daripada UTM telah berganding bahu dengan 20 orang pelajar sekolah Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indahpura, bagi merakam video di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indahpura dan juga di kawasan sekitar UTM.

Pada hari ketiga ( 15 Februari 2020), majlis penutup telah berlangsung dengan sesi tayangan video dan penyampaian hadiah kepada para pemenang.

OBJEKTIF:

  1. Untuk merangsang kreativiti dan bakat di kalangan peserta.
  2. Untuk menyediakan platform yang sesuai untuk belia (peserta) untuk mengekspresikan emosi dan pemikiran mereka melalui filem pendek.
  3. Untuk membentuk pemikiran kritis dan pantas di kalangan belia (peserta).
  4. Untuk menolong belia mencari watak dan keperibadian mereka
  5. Untuk memberi inspirasi kepada belia untuk bekerja dalam satu pasukan.