Select Page

Sejarah Kolej

Sepintas lalu tentang UTM

Jejak-jejak penubuhan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bermula seawal 1904 sebagai Sekolah Teknik yang melatih pekerja-pekerja teknikal. Sekolah Teknik ini kemudian berkembang menjadi Maktab Teknik pada era ambang kemerdekaan Malaysia (1942), dan seterusnya UTM diisytiharkan sebagai Institut Teknologi Kebangsaan sebelum dinaik taraf dengan nama pada 1975 seterusnya terus berkembang hingga hari ini.

UTM dan Negeri Johor

Kebersamaan UTM dan negeri Johor bermula apabila melalui perkenan yang penuh kasih DYMM Almarhum Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Ibrahim, Sultan Johor, UTM dikurniakan tanah seluas 2,400 ekar di Skudai, Johor sebagai kampus baru. Kampus Skudai dijadikan Kampus Induk

Bermula 1 September 1989, Kampus Skudai diisytiharkan sebagai Kampus Induk manakala Kampus Jalan Gurney Kuala Lumpur, dijadikan kampus cawangan.

SEJARAH RINGKAS KTDI SEPINTAS LALU

Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI) merupakan kolej kediaman pelajar  yang ke-5 di Universiti Teknologi Malaysia, kampus Skudai.

Kolej ini pada asalnya dinamakan Kolej 5, dan seterusnya ditukarkan kepada Kampung Pelajar Resak, berteraskan kepada dasar universiti yang memberi nama kampung pelajar dari pokok dan kayu kayan tempatan.

Lokasi terletak bersebelahan dengan Markas PALAPES DARAT dan LAUT serta jalan menuju ke Balai Cerapan.

Kini ianya kekal sebagai KTDI selepas pada 2012, KTDI bergabung dengan sebuah kolej baru iaitu Kolej 11, yang terletak berhampiran KTDI yang asal.