Select Page

palapes laut utm

Sentiasa Memimpin

PALAPES – LAUT UTM merupakan unit ke-7 dan telah ditubuhkan pada Jun 1993 iaitu dua tahun selepas PALAPES UTM ditubuhkan. Upacara perasmian unit PALAPES UTM dilaksanakan oleh yang Berbahagia Jen Dato’ Mohd Hashim bin Alias selaku Assisten Panglima Pasukan Simpanan pada 5 September 1993. Unit ini di bawah naungan KD Sri Medini dan berperanan bagi membentuk bakal pegawai simpanan yang kredibel bagi Unit Pasukan Sukarela Simpanan Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM) selepas ditauliahkan.

OBJEKTIF PALAPES LAUT:

  • Melatih pelajar-pelajar IPTA dalam ilmu ketenteraan bagi membina insan berdisiplin dan bersemangat waja  
  • Menyiapkan warganegara yang terlatih dalam bidang ketenteraan bagi mengukuhkan pertahanan negara dan ketahanan nasional  
  • Membantu serta mempertingkatkan kemampuan bahagian kejuteraan dan teknologi TLDM  
  • Mengadakan satu pasukan simpanan yang terdiri dari pegawai muda terlatih bagi TLDM untuk dikerah tenaga dalam keadaan darurat  
  • Menyediakan sumber tenaga pegawai lepasan universiti yang mempunyai kelayakan akademik untuk berkhidmat dalam angkatan tetap dan simpanan  
  • Menyediakan bakal pemimpin negara yang berilmu, berkeyakinan dan patriotik  

Pelajar yang menyertai PALAPES-LAUT akan menjadi pegawai dalam latihan selama 3 Tahun sebelum ditauliahkan sebagai pegawai PSSTLDM dan setiap tahun mempunyai peringkat masing-masing iaitu:

  • Tahun 1- Pegawai Kadet
  • Tahun 2- Pegawai Kadet Kanan
  • Tahun 3- Pegawai Kadet Kanan 

Elaun disertakan sepanjang menyertai PALAPES-LAUT UTM dan penempatan di Kolej Tun Dr. Ismail secara tetap. Pelbagai kemudahan disertakan sepanjang menyertai seperti masuk ke kolam renang tanpa bayaran jika latihan di kolam renang. Peluang berlayar di atas kapal TLDM dan merasai kehidupan sebagai seorang anggota tentera. Perkemahan turut diadakan setiap tahun bagi membangunkan sikap kepimpinan dan menjadikan pegawai dalam latihan tahan lasak dari segi fizikal dan mental.