Select Page

palapes DARAT utm

Sentiasa Memimpin

PALAPES UTM mula ditubuhkan pada 11 April 1991 yang diperintah oleh komandan pertama, Kepten (Kehormat) Prof Dato’ Mohamad Zawawi Bin Ismail. Kini PALAPES UTM diperintah oleh Naib Canselor UTM, Kol (K) Prof. Datuk Ir Dr Wahid Bin Omar dibantu oleh Timbalan Komandan PALAPES UTM Lt Kol PM Dr. Mohd Noor Azli Bin Hj Ali Khan. PALAPES UTM telah menjadi tuan rumah bagi upacara pentauliahan diraja sebanyak 4 kali iaitu pada tahun 1994, 2001, 2009 dan pada tahun 2019. Setiap pegawai kadet yang menyertai PALAPES UTM akan dipecahkan kepada tiga kompeni iaitu Falcon, Panther dan Cobra. Setiap sesi akan diadakan pertandingan diantara kompeni bagi menentukan siapakah kompeni komandan yang akan memakai lanyard kuning pada sesi seterusnya.        

OBJEKTIF

  • Melatih kadet di dalam ilmu asas ketenteraan sebagai satu asset modal insan yang berguna kepada Negara.
  • Melahirkan bakal pemimpin yang berketerampilan dan berwawasan sebagai pegawai tentera pasukan simpanan yang terlatih.
  • Memupukkan semangat juang dan menyemaikan semangat patriotik serta cintakan Negara.