Select Page

TARIKH: 19 SEPTEMBER 2020
TEMPAT: TELUK GOREK, MERSING
PESERTA: MAJLIS FELOW KTDI

OBJEKTIF:

  1. Meningkatkan kesedaran mengenai kesan plastik yang tidak boleh diguna semula terhadap kehidupan laut.
  2. Membantu menjaga kelestarian laut dengan memfokuskan kesejahteraan hidupan laut melalui peningkatan pengurusan ekosistem persisiran pantai.
  3. Membangkitkan semangat cintakan alam sekitar di kalangan warga Malaysia di samping memupuk semangat murni dalam mengutip sampah bagi mengekalkan kebersihan pantai.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah berjaya memenangi tempat pertama dan kedua dengan sisa terkumpul sebanyak 89.5kg dalam pertandingan pembersihan pantai untuk program Beach Clean-Up bersempena dengan Hari Pembersihan Dunia (World Clean-Up Day) 2020. En. Muhammad Hariz Asraf bin Hassan, Cik Nuraini binti Hashim dan Cik Suhaily binti Suhaimi, ahli Majlis Felow KTDI, telah berjaya menyumbang sebanyak 5.09% dari jumlah berat keseluruhan tersebut. Program yang telah dianjurkan oleh Majlis Daerah Mersing ini mendapat kerjasama daripada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal (SWCorp), SWM Environment Sdn. Bhd., Trash Hero (NGO) dan Pejabat Pelestarian Kampus (UTMCS). Program yang berlangsung di Teluk Gorek, Mersing, Johor ini juga telah dirasmikan oleh Setiausaha Majlis Daerah Mersing, Encik Zalhafiz bin Hamzah.