Fire Alert! Ready To Act ’24
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran warga KTDI terhadap kepentingan keselamatan kebakaran, di samping memupuk sikap tanggungjawab. Program ini juga memberi pendedahan mengenai langkah dan tindakan yang betul sekiranya berlaku kebakaran.
PENGENALAN LATIHAN KEBAKARAN
14 October 2024
Sesi pertama dimulakan dengan pengenalan kepada latihan kebakaran yang menekankan kepentingan keselamatan diri dan orang sekeliling. Latihan pengungsian bangunan (pengosongan) merupakan satu keperluan penting dalam perkhidmatan Bomba bagi memastikan semua penghuni dapat keluar dari bangunan dengan selamat dan teratur sekiranya berlaku kecemasan.
Dalam sesi ini, peserta diberikan penerangan mengenai prosedur pengungsian yang betul, termasuk laluan keluar kecemasan, titik berkumpul (assembly point), serta peranan setiap individu semasa situasi kebakaran. Selain itu, peserta turut diingatkan agar tidak panik, sentiasa bertenang, dan mematuhi arahan yang diberikan bagi mengelakkan sebarang kecederaan atau kekeliruan semasa proses pengungsian dijalankan.
Gambar Program
Berkumpul di Assembly Point
Memeriksa Senarai Nama Setiap Blok