Select Page

MINNGU MESRA ALAM 2025 (MMA'25)

Minggu Mesra Alam 2025 (MMA’25) merupakan sebuah program yang dianjurkan untuk meningkatkan kesedaran mahasiswa tentang kepentingan menjaga alam sekitar serta menggalakkan amalan kelestarian dalam kehidupan harian.

Penerapan Konsep SDG

Penglibatan Aktif Pelajar

Kerjasama untuk Impak Positif

Mei 17 – Mei 18, 2025

Majlis Penutup Minggu Mesra Alam 2025 (MMA’25) telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Sri Resak, Kolej Tun Dr. Ismail. Program selama dua hari ini berjaya menghimpunkan para pelajar dalam usaha meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan penjagaan alam sekitar serta mengamalkan gaya hidup lestari.

Aktiviti 1: EcoRace (Sukaneka Alam Sekitar)

17 Mei 2024, 8:30AM - 1:00PM

EcoRace merupakan aktiviti sukaneka berkonsepkan alam sekitar yang menguji kerjasama, ketahanan fizikal dan pengetahuan peserta. Aktiviti ini dijalankan di sekitar KTDI dengan pelbagai cabaran interaktif yang menekankan kepentingan pemeliharaan alam sekitar secara menyeronokkan.

Aktiviti 2: RebootKTDI (Gotong-Royong & Pertandingan Antara Blok)

18 Mei 2024, 7:00AM - 11:00AM

Program RebootKTDI melibatkan aktiviti gotong-royong serta pertandingan antara blok yang bertujuan memupuk semangat kerjasama dan tanggungjawab dalam menjaga kebersihan persekitaran. Selain itu, penilaian turut dijalankan bagi aspek keceriaan bilik dan pengurusan bahan kitar semula.

Aktiviti 3: EcoWalk (Fesyen Kitar Semula)

17 Mei 2024, 8:30AM - 1:00PM

EcoWalk merupakan pertandingan fesyen kreatif yang menggunakan bahan kitar semula sebagai elemen utama. Peserta diberi peluang untuk mereka dan mempersembahkan pakaian yang unik sambil menyampaikan mesej kelestarian alam sekitar melalui kreativiti masing-masing.

Majlis Penutup MMA’25

Majlis penutup menjadi kemuncak kepada keseluruhan program MMA’25 dengan pelbagai pengisian seperti ucapan perasmian, persembahan, tayangan montaj, dan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Majlis ini menandakan berakhirnya program dengan penuh kenangan dan semangat kelestarian.

UTM Open Day