JOHOR BAHRU, 29 Dis. – Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Tuanku Canselor (JKM KTC) sebagai penganjur utama bersama dengan UTM Center for Student Innovation & Technology Entrepreneurship (UTM XCITE) telah menganjurkan Royal Digital Workshop (RDW).
Program ini terdiri daripada tiga buah bengkel iaitu bengkel asas-asas Arduino, mereka bentuk litar bercetak dan pemodelan 3D. RDW berlangsung dari 28 hingga 29 Disember 2023 di UTM Makerspace, S01, Kolej Tuanku Canselor (KTC), Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Seramai 20 orang peserta menyertai bengkel ini yang terdiri daripada mahasiswa KTC tahun satu hingga tiga. Bengkel dua hari untuk mahasiswa KTC ini telah dirasmikan oleh Pengetua Kolej Tuanku Canselor iaitu Prof. Ir. Dr. Sharul Kamal Abdul Rahim.
Bengkel Asas-asas Arduino telah diadakan pada 28 Disember di Bilik Seminar, S01, KTC.
Program ini dikendalikan oleh Nithyaganeshan Thamotharan, Pembantu Felo KTC sebagai penceramah dengan bantuan JKM KTC. Semua aktiviti dan latihan kemahiran teknikal dalam kejuruteraan, sains dan teknologi serta persembahan (presentation) teknikal telah diadakan dalam suasana yang selamat dan kondusif.
Program ini bertujuan menggalakkan para peserta yang kebanyakannya adalah pelajar yang terdiri daripada mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) untuk meningkatkan pengetahuan teknikal mereka. Program ini juga bertujuan untuk mendedahkan dan melatih para pelajar tentang asas-asas Arduino, bahasa pengaturan C (C programming), mereka bentuk litar bercetak (PCB designing) dan pemodelan 3D (3D modelling).
Bukan sahaja memberi manfaat kepada para peserta, program ini juga merupakan satu usaha untuk mencapai Matlamat Pembangunan Mampan Empat: Pendidikan Berkualiti (SDG4).
Bengkel mereka bentuk litar bercetak telah diadakan pada 29 Disember di UTM Makerspace, S01, KTC.
Bengkel pemodelan 3D telah diadakan pada 29 Disember di UTM Makerspace, S01, KTC.
Kumpulan pelajar mendiami KTC yang mengikuti Bengkel RDW bersama Prof. Ir. Dr. Sharul Kamal (tengah berbaju biru) dan Nithyaganeshan Thamotharan.
Oleh Muhd Arif Luqman Iskandar & Muhd Ridhwan Shah Zafarin