Select Page

LOGO BARU KTC

Bentuk Bulat

Melambangkan bulan yang bercahaya sebagai panduan arah tuju. Juga melambangkan perpaduan yang kukuh dan komited dengan menitikberatkan semangat bekerjasama dan berpasukan tanpa mengambilkira perbezaan agama, bangsa dan negeri.

Rumah Tiga Bumbung

Melambangkan kolej kediaman di mana warga kolej berlumba-lumba untuk ke arah yang sama iaitu kejayaan (atas).

Warna Kuning

Warna kuning adalah warna diraja.

Warna Hitam

Warna hitam yang disertai warna kuning sebagai simbolik kekuatan dan keberanian yang terdapat pada harimau.

Warna Putih

Membawa maksud kesucian dan kebersihan dalam segala perancangan, program serta aktiviti yang dilaksanakan agar bebas daripada gejala-gejala yang tidak sihat.

LOGO LAMA KTC