BAHAGIAN 3 : PENDIDIKAN DAN INOVASI
3.1 Pendidikan
3.1.1 Kurikulum dan Latihan
3.1.1.1 Latihan dan modul yang menerapkan elemen berkaitan SDG dan kelestarian

ASUNA 3.0
ASUNA 3.0: ANNYEONG KOREA! atau ASUNA 3.0 ialah sebuah program yang berkonsepkan pembelajaran luar bilik kuliah atau dikenali sebagai pembelajaran kokurikulum. Program ini memberi tumpuan kepada lawatan pendidikan terpilih dan pemindahan ilmu sebagai kaedah pembelajaran yang holistik dan interaktif. Matlamat utama program ini adalah untuk memberi peluang kepada para peserta meraih manfaat melalui penglibatan dalam aktiviti yang berimpak tinggi dan menarik di rantau Korea Selatan.

SAICEP 2024
Program Sarawak Academic, Innovation and Cultural Exchange Programme (SAICEP 2024) bertempat di Petra Jaya, Kuching, Sarawak anjuran Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Tuanku Canselor (JKMKTC).Program pertukaran pengetahuan, teknologi dan budaya merupakan satu ruang bagi pelajar UTM berkhidmat kepada komuniti dengan mengaplikasikan segala ilmu pengetahuan dan pengalaman pembelajaran di kampus kepada masyarakat. Bertepatan dengan matlamat Menginovasikan Penyelesaian (Innovating Solutions), program ini dirangka untuk mencetuskan semangat cintakan bangsa dan negara di kalangan pelajar UTM.

SMARTventure
Program SMARTventure 2024 merupakan program yang julung kalinya diadakan oleh Kelab SmartCamp dibawah Biro Akademik Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Tuanku Canselor. Program ini merupakan program fizikal yang bertempatkan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perling dan Petrosains KLCC. SMARTventure (Science and Mathematic Adventure Camp) merupakan sebuah kem yang bertujuan memperkenalkan STEM kepada para pelajar sekolah tingkatan 3 demi menarik minat pelajar untuk menyambung pengajian tinggi dalam bidang STEM. Program ini menyasarkan SDG 4, GUCI dan PPPM kepada para pelajar sekolah. Program ini bukan sahaja dapat memperkukuhkan hubungan antara institusi pendidikan tinggi dan masyarakat tempatan, malah juga dapat mewujudkan perkongsian dalam bidang teknologi, ilmu pengetahuan, dan kebudayaan di kalangan pelajar sekolah menengah.

Program LEAD 3.0
Program LEAD 2024 merupakan program yang julung kalinya diadakan oleh Kelab Smart Camp dibawah Biro Akademik Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Tuanku Canselor . Program ini merupakan program fizikal yang bertempatkan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perling. Program Lead 3.0 mengetengahkan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) melalui aktiviti-aktiviti yang dilakukan.
3.1.1.2 Persatuan / kelab / NGO menjalankan program / aktiviti berkaitan dengan kelestarian
Rujukan : Link

ZOOKEEPERS
Program ZooKeepers di Zoo Melaka adalah program sukarelawan yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai aktiviti kesukarelawan dengan menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat. Program ini juga bermatlamat untuk memberi peluang kepada peserta untuk memberi sumbangan dalam bentuk khidmat sukarela dengan melibatkan diri dalam aktiviti yang bermanfaat mengenai pemeliharaan dan pemuliharaan haiwan.
Pasar Malam Hijau
Pada 7/10/24 seramai lebih kurang 10 orang pelajar KTC terlibat dalam aktiviti memberi pendedahan kepentingan menggunakan bag ulangguna di Pasar Malam Taman Teratai. Projek ini dibiaya oleh Majlis Bandaraya Iskandar Puteri melalui Geran Komuniti Rendah Karbon 4.0. Aktiviti ini bertujuan memberi pendedahan kepada orang awam temtang kepentingan menjaga alam sekitar melalui usaha untuk kurangkan penggunaan bag sekali guna.

SAICEP 2024
Jawatankuasa Mahasiswa (JKM) Kolej Tuanku Canselor di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah berkolaborasi bersama pihak Jawatankuasa Perwakilan Kolej Allamanda (JPKA) di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bagi bersama-sama menjayakan SAICEP 2024 yang diadakan di sekitar kawasan Petra Jaya, Kuching, Sarawak. Program ini juga merupakan hasil kerjasama dari pihak Kerukunan Tertangga dan Kejiranan Mesra (KRT & KJM) serta pihak Masjid Ar-Rahman Kuching Family Park untuk melaksanakan aktiviti Festival Sukan Rakyat dan Inovasi Simenfero dengan penglibatan komuniti di kawasan perumahan tersebut serta kerjasama dari Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) untuk melaksanakan Kursus Penyembelihan di Masjid Ar-Rahman.

LEAD 3.0
Program LEAD 2024 merupakan program yang julung kalinya diadakan oleh Kelab Smart Camp dibawah Biro Akademik Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Tuanku Canselor . Program ini merupakan program fizikal yang bertempatkan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perling. Program Lead 3.0 mengetengahkan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) melalui aktiviti-aktiviti yang dilakukan.
3.1.2 Keterlihatan dan Kesedaran/Visibility and Awareness

ASUNA 3.0: Exploring Education, Innovation, and Culture in Korea

Program SAICEP: Program pengenalan asas STEM membakar minat pelajar dalam dunia sains

Program SAICEP: Kolaborasi JKM KTC dan Kolej Allamanda UNIMAS Memperkukuh Hubungan Akademik dan Budaya

SMARTventure: memperkasa STEM kepada pelajar tingkatan 3
3.2 Inovasi
Pihak pengurusan Kolej Tuanku Canselor telah mengadakan beberapa inisiatif bagi melestarikan kolej dengan meletakkan Hub E-bike di sekitar kolej, menetapkan peraturan penggunaan bagi pengunaan penghawa dingin, menetapkan panduan penjimatan penggunaan air dan tatacara pengunaan pemadam api.
3.2.1 Makmal hidup (Living Lab) / Synergi -2

Pejabat Hijau
- pokok

Pengurusan Tenaga Lestari
- Hub E-bike
- Kempen Penjimatan Tenaga
- Kempen Penjimatan Air
- Kempen Penjimatan Elektrik
- Tatacara Penggunaan Pemadam Api
Rujukan : Link

Komuniti Hijau

Pengangkutan Lestari
- Hub E-bike
3.2.2 Libatsama Sumbangan Inovasi

Hub E-bike
KTC ada menyediakan Hub E-bike untuk kegunaan pelajar

Aktiviti penjanaan berkonsepkan kelestarian
JKM KTC juga menyediakan khidmat penyewa barang dari pada inventori kepada pelajar, PTJ lain dan orang lain sebagai usaha penjanaan PTJ
Rujukan : Link

Pakir di KTC
Pelajar di KTC menghadapi masalah kekurangan parking di blok kediaman selaras dgn isu ini PTJ kami telah berusaha megenal pasti punca masalah ini dan cadangan untuk mengatasinya melalui perbincangan secara berkala
Rujukan : Link