Select Page

BAHAGIAN 3 : PENDIDIKAN DAN INOVASI

3.1 Pendidikan

3.1.1 Kurikulum dan Latihan

3.1.1.1 Latihan dan modul yang menerapkan elemen berkaitan SDG dan kelestarian

Program LEAD 2.0

(SDG 4,8 & 9)

Program LEAD 2023 merupakan program yang julung kalinya diadakan oleh Kelab Smart Camp dibawah Biro Akademik Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Tuanku Canselor . Program ini merupakan program fizikal yang bertempatkan Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru (SMTJB). Program Lead 2.0 mengetengahkan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) melalui aktiviti-aktiviti yang dilakukan. Terdapat tiga Modul yang dijalankan, modul yang pertama dinamakan ‘Break the Ice’, merupakan modul yang mengetengahkan SDG yang ke-8 iaitu ‘Decent Work and Economic Growth’. Seterusnya, aktiviti yang kedua merupakan aktiviti yang menerapkan SDG yang ke-4 iaitu “Quality Education”. Modul kedua ini diberi nama ‘Talk that Talk’ yang dijalankan dalam bentuk ceramah. Modul yang terakhir yang melengkapi program ini yang bertajuk ‘Work it Till You Make it’. Menjadikan SDG yang ke-9, “Industry,Innovation and Infrastructure” sebagai matlamat menjalankan modul ketiga ini.

Rujukan

Royal Digital Workshop

(SDG 4 & 9)

Program ini bertujuan untuk mendedahkan dan melatih para pelajar tentang asas-asas Arduino, bahasa pengaturaan C (C programming), mereka bentuk litar bercetak (PCB designing) dan pemodelan 3D (3D modelling). Bukan sahaja memberi manfaat kepada para peserta, program ini juga bertujuan meningkatkan kerjasama antara Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Tuanku Canselor dan UTM XCITE. Ini seterusnya akan menghasilkan kerjasama lebih besar antara dua organisasi UTM ini yang akan memberi manfaat kepada mahasiswa UTM secara khusus, dan negara kita pada umumnya.

3.1.1.2 Persatuan / kelab / NGO menjalankan program / aktiviti berkaitan dengan kelestarian

Rujukan : Link

Engineering Service Learning: Palembang Here We Go! (SDG 9 & 11)

Program ini melibatkan 40 orang peserta yang terdiri daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universitas Sriwijaya (UNSRI). Program ini akan dilaksanakan sebagai satu inisiatif untuk mendedahkan mahasiswa tentang cara – cara menggunakan gentian kaca untuk membuat produk serta belajar tentang kegiatan sosioekonomi  penduduk luar bandar. Pada fasa pertama program ini, para peserta akan melakukan aktiviti praktikal yang akan dijalankan oleh pihak UTM di sana, para peserta akan dilatih untuk menggunakan gentian kaca selama tiga hari melalui beberapa sesi praktikal. Para peserta akan bekerjasama untuk melaksanakan aktiviti ini secara berkumpulan untuk membina semangat berpasukan mereka. Proses ini termasuk membina struktur ataupun produk menggunakan gentian kaca tersebut.  Seterusnya, bagi fasa kedua pula akan diadakan di Palembang dan akan dikelolakan pula oleh UNSRI. Bagi fasa kedua ini, di bawah pimpinan UNSRI, akan diadakan di sebuah desa di Palembang dan peserta akan bekerjasama bersama penduduk kampung untuk membuat sebuah produk menggunakan gentian kaca untuk kegunaan harian mereka. Selain itu, peserta juga akan dapat bersosial bersama penduduk di kampung tersebut melalui program keluarga angkat yang dilaksanakan di sana. Tuntasnya, program ini akan menitikberatkan kemahiran berkomunikasi serta akan memupuk kreativiti serta kemahiran inovasi kepada peserta daripada UTM serta UNSRI.

Adventure Exterior with Community (SDG 3)

Program ini adalah untuk menarik minat pelajar-pelajar Universiti Teknologi Malaysia untuk mengenali dengan mendalam lagi tentang cara hidup di dalam hutan dan juga mengenal pasti flora dan fauna sepanjang perjalanan ke puncak gunung nanti. Program ini juga selaras dengan keperluan dan insentif daripada Kementerian Belia dan Sukan yang menggalakkan warga belia untuk melibatkan diri mereka dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum Adventure Team (A-Team) ditubuhkan untuk menerapkan nilai keberanian dalam diri mereka. Program ini menyasarkan seramai 40 peserta Dari kalangan pelajar utm Dan orang awam.

“WE LOVE, WE CARE” (SDG 4 & 10)

Sejak pandemik COVID – 19 di Malaysia, rakyat negara ini yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan berbeza peringkat umur amat terjejas dalam pelbagai faktor terutamanya dalam aspek kerohanian. Ini disebabkan oleh pengumuman daripada pihak kerajaan tentang pelaksanaan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh negara itu bagi menangani isu pandemik. Anak-anak yatim amat terkesan kerana mereka terpaksa berada dalam isolasi di pusat penjagaan mereka menyebabkan perancangan aktiviti-aktiviti kebudayaan dan kerohanian tergendala. Malahan, ini turut memberi kesan kepada kesihatan mental, juga sahsiah anak-anak yatim terutamanya dalam kalangan pelajar atau remaja. Oleh itu, program ini sebagai satu inisiatif untuk memeriahkan lagi suasana rumah anak yatim.

Dear Self (SDG 3 & 4)

Dear Self merupakan program berkaitan kesihatan mental yang dianjurkan oleh Kelab Lambaian Masyarakat dengan kerjasama unit kaunseling UTM. Program Dear Self terbuka kepada 50 orang pelajar UTM. Program ini bertujuan untuk memupuk pemikiran yang positif dalam diri setiap peserta dan memberi sokongan moral buat individu yang sedang mengalami isu kesihatan mental.

LEAD 2.0 (SDG 4,8 & 9)

Program LEAD 2023 merupakan program yang julung kalinya diadakan oleh Kelab Smart Camp dibawah Biro Akademik Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Tuanku Canselor . Program ini merupakan program fizikal yang bertempatkan Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru (SMTJB). Program Lead 2.0 mengetengahkan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) melalui aktiviti-aktiviti yang dilakukan. Terdapat tiga Modul yang dijalankan, modul yang pertama dinamakan ‘Break the Ice’, merupakan modul yang mengetengahkan SDG yang ke-8 iaitu ‘Decent Work and Economic Growth’. Seterusnya, aktiviti yang kedua merupakan aktiviti yang menerapkan SDG yang ke-4 iaitu “Quality Education”. Modul kedua ini diberi nama ‘Talk that Talk’ yang dijalankan dalam bentuk ceramah. Modul yang terakhir yang melengkapi program ini yang bertajuk ‘Work it Till You Make it’. Menjadikan SDG yang ke-9, “Industry,Innovation and Infrastructure” sebagai matlamat menjalankan modul ketiga ini.

ROYAL DIGITAL WORKSHOP (SDG 4 & 9)

Royal Digital Workshop berlangsung dari 28 Disember 2023 hingga 29 Disember 2023 di UTM Makerspace, S01, Kolej Tuanku Canselor, Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Tuanku Canselor, UTM sebagai penganjur utama telah bekerjasama dengan UTM XCITE untuk menjayakan program ini. Seramai 20 orang peserta menyertai bengkel ini yang terdiri daripada mahasiswa Kolej Tunaku Canselor tahun satu hingga tiga. Bengkel dua hari untuk mahasiswa Kolej Tunaku Canselor telah dirasmikan oleh Pengetua Kolej Tunaku Canselor iaitu Prof. Ir. Dr. Sharul Kamal bin Abdul Rahim. Program ini telah diketuai penceramah dari mantan Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Tuanku Canselor yang berpengalaman dalam bidang kejuruteraan. Semua aktiviti dan latihan kemahiran teknikal dalam kejuruteraan, sains dan teknologi serta persembahan (presentation) teknikal telah diadakan dalam suasana yang selamat dan kondusif. Program ini bertujuan menggalakkan para peserta yang kebanyakannya adalah pelajar yang terdiri daripada mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Fakulti Kejuruteraan Mekanika untuk meningkatkan pengetahuan teknikal mereka. Program ini juga bertujuan untuk mendedahkan dan melatih para pelajar tentang asas-asas Arduino, bahasa pengaturaan C (C programming), mereka bentuk litar bercetak (PCB designing) dan pemodelan 3D (3D modelling). Bukan sahaja memberi manfaat kepada para peserta, program ini juga bertujuan meningkatkan kerjasama antara Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Tuanku Canselor dan UTM XCITE. Ini seterusnya akan menghasilkan kerjasama lebih besar antara dua organisasi UTM ini yang akan memberi manfaat kepada mahasiswa UTM secara khusus, dan negara kita pada umumnya.

3.2 Inovasi

Pihak pengurusan Kolej Tuanku Canselor telah mengadakan beberapa inisiatif bagi melestarikan kolej dengan meletakkan Hub E-bike di sekitar kolej, menetapkan peraturan penggunaan bagi pengunaan penghawa dingin, menetapkan panduan penjimatan penggunaan air dan tatacara pengunaan pemadam api.

3.2.1 Makmal hidup (Living Lab) / Synergi -2

Pejabat Hijau

  • pokok

Pengurusan Tenaga Lestari

  • Hub E-bike
  • Kempen Penjimatan Tenaga
  • Kempen Penjimatan Air
  • Kempen Penjimatan Elektrik
  • Tatacara Penggunaan Pemadam Api

Rujukan : Link

Komuniti Hijau

Pengangkutan Lestari

  • Hub E-bike

3.2.2 Libatsama Sumbangan Inovasi

Hub E-bike

KTC ada menyediakan Hub E-bike untuk kegunaan pelajar

Aktiviti penjanaan berkonsepkan kelestarian

JKM KTC juga menyediakan khidmat penyewa barang dari pada inventori kepada pelajar, PTJ lain dan orang lain sebagai usaha penjanaan PTJ

Rujukan : Link

Pakir di KTC

Pelajar di KTC menghadapi masalah kekurangan parking di blok kediaman selaras dgn isu ini PTJ kami telah berusaha megenal pasti punca masalah ini dan cadangan untuk mengatasinya melalui perbincangan secara berkala

Rujukan : Link