Projek KRP Riverdale

Program Denai Sungai Melayu anjuran Kelab KRP Riverdale telah diadakan pada 6, 16 dan 17 Disember 2022. Program ini adalah hasil kerjasama bersama pihak Majlis Bandaraya Iskandar Putri MBIP – Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Pusat Khidmat ADUN Kota Iskandar Pandak Ahmad, Jabatan Pengairan dan Saliran Jabatan Pengairan dan Saliran – JPS, Komuniti Kampung Sungai Melayu dan Pusat Pelestarian Kampus UTM (UTMCS) UTM Sustainable Campus. 40 peserta program yang terlibat terdiri daripada golongan belia Kampung Sungai Melayu, golongan belia Kenari Kangkar Pulai, pelajar Institusi Pengajian Guru Temenggong Ibrahim IPG Kampus Temenggong Ibrahim, sukarelawan Pertubuhan Kebajikan Mahasiswa Berkarisma Malaysia (Karisma) Karisma Malaysia dan pelajar UTM. Seramai 40 orang sukarelawan yang terlibat sebagai ahli jawatankuasa program terdiri daripada mahasiswa UTM dari pelbagai kolej, diketuai oleh Saudari Esmeralda Sasha Esmeralda Sasha Siah anak Adman Renggie @ Edmund Renggie dan Felo Penasihat Program, Dr. Norhidayah binti Md. Yunus Norhidayah MY .
Siri program ini adalah:
Siri 1: Pemindahan Ilmu Penggunaan iNaturalist (6 Dis)
Penggunaan iNaturalist telah diajarkan oleh Dr. Ak Mohd Rafiq Bin Ak. Matusin kepada AJK program.
Siri 2: Explorace Panorama Denai (16 Dis)
Aktiviti explorace dan plogging diadakan di kawasan perkarangan Sungai Melayu.
Siri 3: Explore Nature x iNaturalist (17 Dis)
Melayari Sungai Melayu sambil mengambil gambar hidupan sungai dan diupload di dalam aplikasi iNaturalist.
Akhir sekali, tahniah dan terima kasih kepada semua peserta dan ahli kelab atas penganjuran progam ini. Semoga sama-sama kita dapat memanfaatkan penggunaan aplikasi iNaturalist bagi mengenali kehidupan Sungai Melayu secara saintifik dan lebih giat memelihara habitat hidupan sungai ini.