Disediakan oleh: Sdri. Fildza   |   Pembantu Felow KRP

Para peserta SUKANTARA KRP’26

Skudai, 20 Jun 2026 – Program Sukan Antara Blok Kolej Rahman Putra 2026 atau SUKANTARA KRP’26 telah berjaya dianjurkan oleh Majlis Felo Kolej Rahman Putra pada 20 Jun 2026 bertempat di Gelanggang Bola Tampar Kolej Rahman Putra. Program yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang ini merupakan satu inisiatif berterusan dalam usaha menggalakkan penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti sukan, di samping memperkukuh hubungan silaturrahim antara penghuni blok kediaman.

SUKANTARA KRP’26 menampilkan pertandingan bola tampar sebagai acara utama yang melibatkan penyertaan pelajar dari pelbagai blok kediaman. Sepanjang pertandingan berlangsung, para peserta bukan sahaja berpeluang mempamerkan kemahiran dan ketangkasan dalam sukan, malah turut menyerlahkan semangat kesukanan yang tinggi serta keupayaan bekerja secara berpasukan dalam mencapai matlamat bersama.

Selain memupuk gaya hidup sihat dan aktif, program ini juga berperanan sebagai platform penting dalam memperkukuhkan integrasi sosial dalam kalangan warga kolej. Ia turut menyumbang kepada pembinaan nilai kepimpinan, meningkatkan keyakinan diri serta menyokong kesejahteraan mental dan emosi pelajar melalui penglibatan dalam aktiviti yang positif dan bermanfaat.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh wakil Pengetua Kolej Rahman Putra, iaitu Felo Penasihat di bawah bidang tujahan Sukan dan Rekreasi KRP, Puan Farahwahida, kepada para pemenang sebagai tanda penghargaan atas pencapaian dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang program berlangsung.

Secara keseluruhannya, penganjuran SUKANTARA KRP’26 telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Program ini bukan sahaja mewujudkan suasana persaingan yang sihat, malah turut mempererat hubungan komuniti serta menyemarakkan semangat kekitaan dalam kalangan penghuni Kolej Rahman Putra.

UTM Open Day