About KOLEJ 9&10
Sejarah Kolej 9 & 10
Kolej 9 telah berjaya dibuka untuk penginapan pada 9 Jun 2003. Pada sesi 2003/2004 kolej ini dahulunya dihuni oleh mahasiswa, tetapi sejak bermula sesi 2004/2005 sehingga kini, kolej ini dihuni oleh mahasiswi. Kolej 10 juga telah berjaya dibuka untuk penginapan pada 9 Jun 2003. Pada sesi 2003/2004 kolej ini dihuni oleh mahasiswi tetapi sama seperti Kolej 9, bermula sesi 2004/2005 kolej ini dihuni oleh mahasiswa.
Pada permulaannya, pentadbiran antara dua kolej ini adalah berbeza. Setiap kolej mempunyai pengetua dan staff pengurusan yang berbeza. Tambahan lagi, Kolej 9 juga mempunyai Jawatankuasa Kolej Mahasiswa, sebuah organisasi yang bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan dan menlajankan aktiviti untuk mahasiswa. Kolej 10 sebaliknya tidak mempunyai organisasi ini dan penghuninya selalunya mengikuti program – program anjuran Kolej 9.
Ilmu Cemerlang Akhlak Terbilang
Tanggal 1 Januari 2012, Kolej 9 dan Kolej 10 telah melakar sejarah dengan pengabungan mereka dengan nama rasmi Kolej 9&10. Daripada ini, wujudnya tujuh kelab kolej iaitu Kelab Bakti Siswa, Kelab Keusahawanan, Kelab Sukan dan Rekreasi, Kelab Kesukarelawan, Badan Dakwah dan Rohani, Kelab Inovasi dan Kelab IT. Tambahan lagi, Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej 9-10 telah berjaya ditubuhkan dan pada tahun 2013, JKMK9-10 telah memperkenalkan logo baru Kolej 9-10.
LATAR BELAKANG KOLEJ 9 & 10
Kolej 9 & 10 terletak dibahagian timur universiti dan berjiran dengan Kolej Perdana, KP dan Kolej Tuanku Canselor, KTC. Selain itu, kedudukan kolej ini juga berdekatan dengan Schollar’s Inn, pusat penginapan dan makanan bertaraf tiga bintang dan pelbagai kemudahan bersukan seperti Stadium UTM, Kompleks Sukan, Padang Bola Sepak dan lain-lain.
Kolej 9 dan Kolej 10 masing-masing mempunyai dua blok, Kolej 9 blok UA1 dan UA2 manakala Kolej 10 UB1 dan UB2. Kolej 9 mampu menampung seramai 1056 mahasiswi manakala Kolej 10 pula mampu menampung seramai 895 mahasiswa. Pelajar kanan, mahasiswa tahun dua dan keatas, yang aktif dalam penglibatan kolej dan universiti boleh memilih bilik mengikut keselesaan masing-masing.