
Kursus Basic Life Support Instructor Course (Train The Trainer) Course telah diadakan di Qudrat Medicare Wound Care D’Kebun, Wound Care D’Kebun Commercial Centre, Klang Selangor. Kursus selama 2 hari bermula pada 15-16 Februari 2025 dihadiri oleh lima orang staf dari Pusat Kesihatan Universiti (PKU), UTM Johor Bahru dan beberapa individu dari luar. Staf PKU terdiri daripada dua orang Pegawai Perubatan iaitu Dr. Muhammad Sya’rani Najmuddin dan Dr. Tan Ri Chuan, seorang Ketua Jururawat iaitu Sr. Noraisah Mohd Yusof serta dua orang Jururawat Berdaftar iaitu Sn. Nur Rashidah Hj.Taufikul Rahman dan Sn. Sabila Zambri.
Kursus yang dihadiri ini bertujuan untuk memberi kemahiran kepada staf untuk menjadi jurulatih bertauliah mengajar berkaitan “Basic Life Support.” Objektifnya kursus ini adalah seperti berikut:
Menggabungkan pengetahuan tentang gaya pembelajaran dalam gaya penyampaian.
Mempelajari kepentingan memahami prinsip pembelajaran dalam kalangan pelajar dewasa.
Menyediakan kandungan pembentangan yang berkesan.
Bercakap dengan yakin dan berkesan.
Memudahkan interaksi dan komunikasi kumpulan semasa latihan.
Menyesuaikan latihan mengikut keperluan pendengar.
Menerusi kursus ini peserta telah didedahkan dengan peranan dan tanggungjawab sebagai jurulatih bertauliah serta turut mempelajari kaedah demonstrasi penyampaian pembelajaran secara pembentangan dan latihan praktikal.
Semua peserta telah berjaya menunjukkan kemahiran kompetensi di semua stesen pembelajaran, lulus ujian kemahiran Basic Life Support yang berkualiti serta lulus kompentesi Basic Life Support dengan markah keseluruhan lebih dari 90%
Syabas dan tahniah kepada staf PKU atas kejayaan yang cemerlang.






