Sebagai inisiatif menggalakkan gaya hidup sihat dan memupuk kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar, satu program santai namun bermanfaat telah diadakan pada 26 April 2025 di sekitar tasik UTM. Program ini merangkumi tiga elemen utama: aktiviti plogging, cabaran 5K Langkah, dan sesi Pengenalan Pemakanan Sihat.
Seramai 30 orang pelajar Kelab PROSIS UTM bersama Penasihat Kelab, Dr. Norannieza Muzlan, telah berganding bahu menjayakan program ini. Aktiviti plogging telah berjaya mengumpulkan sebanyak 12.54 kg sampah, sekali gus menunjukkan komitmen tinggi peserta terhadap penjagaan alam sekitar.
Dalam cabaran 5K Langkah, setiap peserta berjaya melengkapkan 5,249 langkah, satu pencapaian membanggakan dalam usaha menjaga kesihatan jantung dan kesejahteraan tubuh.
Program turut diserikan dengan sesi pendedahan ringkas mengenai penyediaan makanan sihat dan seimbang, termasuk demonstrasi penyediaan menu yang mudah, cepat, dan berkhasiat. Aktiviti ini telah memberi inspirasi kepada peserta untuk mengamalkan pemakanan yang lebih sihat dalam kehidupan seharian.