+6 075537233 pku@utm.my

​8 Januari 2025-Pusat Kesihatan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama KPJ Johor Specialist Hospital dan Ansara Malaysia telah berjaya melaksanakan Program Derma Darah dan Pameran Pendermaan Organ dari Unit Perolehan Organ Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Program ini berlangsung di Dewan Serbaguna, Masjid Sultan Ismail UTM Johor Bahru
Program ini merupakan inisiatif dalam membantu hospital KPJ menangani masalah kekurangan bekalan darah berikutan peningkatan kes yang memerlukan rawatan transfusi darah setiap tahun. Manakala pameran Pendermaan Organ diadakan bagi memupuk kesedaran dan kepentingan tentang pendermaan organ yang merupakan satu amal kebaikan yang memberi impak besar kepada kehidupan ramai individu dan masyarakat secara keseluruhan. Kaunter pemeriksaan saringan kesihatan seperti pemeriksaan tekanan darah dan juga body fat analysers turut disediakan kepada mereka yang hadir.
Seramai lebih kurang 160 pengunjung dari kalangan staf dan pelajar telah hadir pada program ini manakala 90 orang daripada 137 yang disaring telah berjaya menderma darah. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua penderma dan ahli jawatankuasa yang terlibat untuk menjayakan program ini.