E-BOOK MANUAL KESIHATAN MENTAL UTM

Manual kesihatan mental pelajar ini merupakan kompilasi percambahan minda, amalan dan proses kerja perkhidmatan Pusat Kaunseling UTM dan PTJ berkaitan. Pusat Kaunseling UTM juga ingin memberikan penghargaan kepada Pusat Kesihatan, Hal Ehwal Pelajar, Seksyen Keselamatan atau Bahagian Keselamatan, Pusat Islam, pihak kolej kediaman, pihak fakulti, Unit Persekitaran, Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (OSHE) dan jabatan di UTM yang saling bekerjasama dan menyumbang tenaga di dalam amalan dan aplikasi perkhidmatan Pusat Kaunseling UTM. Pihak Pusat Kaunseling UTM juga mengharapkan agar informasi di dalam manual ini digunakan secara meluas oleh pihak fakulti dan jabatan apabila berkaitan dengan pengurusan kesihatan mental. Panduan ini juga dihadiahkan kepada pelajar UTM yang sedang berjuang mengalami kesakitan emosi dan simptom kecelaruan mental. Semoga anda sentiasa berjuang tanpa putus asa untuk memenangi dan sembuh sepanjang kehidupan ini.

SILA KLIK PAUTAN DI BAWAH UNTUK MENDAPATKAN PAPARAN EBOOK

https://anyflip.com/fklrk/cufo/