JEMPUTAN KE PROGRAM “1 HOUR FOR EARTH: LIGHTS OFF CAMPAIGN”

JEMPUTAN KE PROGRAM “1 HOUR FOR EARTH: LIGHTS OFF CAMPAIGN”

Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Siswa Jaya (JKM KSJ) ingin menjemput SEMUA WARGA UTM untuk bersama-sama menyertai kempen ini sebagai usaha menyokong kelestarian alam sekitar.

Penyertaan sangat mudah — anda hanya perlu mematikan lampu dan peralatan elektrik yang tidak diperlukan selama 1 jam.

Kongsikan penyertaan anda dengan menghantar bukti melalui pautan berikut:
https://forms.gle/AH2jriE1bFNJ3Xbx5

💡 KENAPA PERLU SERTAI?
* Mengurangkan jejak karbon universiti
* Menyokong usaha global dalam menangani perubahan iklim
* Menunjukkan komitmen UTM ke arah kelestarian
* Markah Merit disediakan

📅 Maklumat Program
📌 Tajuk: 1 Hour for Earth: Lights Off Campaign
📆 Tarikh: 28 Mac 2026
⏰ Masa: 8:30 – 9:30 malam
📍 Lokasi: Kolej Siswa Jaya

Sekian, terima kasih.

JAWATANKUASA KOLEJ MAHASISWA KOLEJ SISWA JAYA (JKM KSJ)
Sesi 2025/2026
Universiti Teknologi Malaysia

JEMPUTAN KE PROGRAM IHYA’ IFTAR PERDANA 2026

JEMPUTAN KE PROGRAM IHYA’ IFTAR PERDANA 2026

JEMPUTAN KE PROGRAM IHYA’ IFTAR PERDANA 2026 

Dimaklumkan bahawa pihak JKM KSJ akan mengadakan Program Ihya’ Iftar Perdana 2026 bagi menyemarakkan sambutan bulan Ramadan serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan warga kolej.

Sehubungan dengan itu, semua warga Kolej Siswa Jaya adalah dijemput untuk menghadiri program tersebut seperti butiran berikut:

Tarikh: 7 Mac 2026
Masa: 6.00 petang – 10.00 malam
Tempat: Foyer Blok A, Kolej Siswa Jaya

Program ini akan diisi dengan pelbagai pengisian menarik bersempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Kehadiran semua amat dialu-alukan bagi memeriahkan program serta mengukuhkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga kolej.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:
Afaf: +60 11-1851 6994
El: +60 18-213 1426

Sekian, terima kasih.

Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej SIswa Jaya (JKM KSJ)
Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur

SELAMAT MENYAMBUT HARI WILAYAH PERSEKUTUAN

SELAMAT MENYAMBUT HARI WILAYAH PERSEKUTUAN

✨ Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan ✨ 

Sempena sambutan Wilayah Persekutuan, saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan kepada seluruh warga Kolej Siswa Jaya, sambil menyeru agar kita terus menyemai semangat kebersamaan, memperkukuh sahsiah dan kepimpinan, serta menjadikan kehidupan di kolej sebagai wadah pembentukan mahasiswa berilmu, berakhlak dan berwawasan demi masa depan negara.

Dr. Mohamed Azlan bin Suhot
Pengetua Kolej Siswa Jaya
Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur 

LARANGAN MELETAKKAN KASUT & SELIPAR DI KORIDOR BLOK

LARANGAN MELETAKKAN KASUT & SELIPAR DI KORIDOR BLOK

LARANGAN MELETAKKAN KASUT DAN SELIPAR DI KORIDOR BLOK

Dimaklumkan kepada semua penghuni Kolej Siswa Jaya (KSJ) bahawa meletakkan kasut dan selipar di luar bilik atau di koridor adalah DILARANG SAMA SEKALI kerana boleh mengganggu laluan, menjejaskan kebersihan serta membahayakan keselamatan penghuni.

Sehubungan dengan itu, semua pelajar adalah DIWAJIBKAN menyimpan kasut dan selipar di dalam bilik masing-masing atau di tempat yang telah disediakan.

TINDAKAN TERHADAP KETIDAKPATUHAN

Pihak kolej akan mengambil tindakan berikut sekiranya pelajar didapati tidak mematuhi arahan

Kerjasama semua pelajar amat diperlukan bagi memastikan persekitaran kolej sentiasa bersih, selamat dan teratur.

Sekian, terima kasih.

Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej SIswa Jaya (JKM KSJ)
Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur

RAMAH MESRA BERSAMA JKM KSJ

RAMAH MESRA BERSAMA JKM KSJ

PROGRAM RAMAH MESRA BERSAMA JKM KSJ

KHAS UNTUK PELAJAR TAHUN PERTAMA (DIPLOMA & IJAZAH)

Dimaklumkan bahawa semua pelajar Tahun Pertama Kolej Siswa Jaya (KSJ) bagi peringkat Diploma dan Ijazah adalah DIWAJIBKAN hadir ke program berikut:

PROGRAM: RAMAH MESRA BERSAMA JKM KSJ

Program ini bertujuan memberi pendedahan serta pengenalan kepada pelajar baharu mengenai Kolej Siswa Jaya (KSJ), selain sesi khas bersama Pengetua KSJ.

Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh: 12 Januari 2026 (Isnin)
Masa: 8.00 malam – 10.00 malam
Tempat: Foyer Blok A, Kolej Siswa Jaya
Penceramah:
Dr. Mohamed Azlan bin Suhot
Pengetua Kolej Siswa Jaya

FAEDAH PENYERTAAN

  • Merit KSJ akan diberikan kepada peserta

  • Jamuan disediakan (terhad kepada 50 pelajar terawal)

  • Peluang memenangi kredit e-Wallet Touch ‘n Go melalui sesi kuiz

PERINGATAN PENTING

Kehadiran adalah WAJIB bagi semua pelajar Tahun Pertama KSJ. Pelajar diminta hadir tepat pada masanya dan memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang program berlangsung.

Sekian, terima kasih.

Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Siswa Jaya (JKM KSJ)
Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur

PENGUMUMAN PENJAGAAN PERABOT DI KSJ

PENGUMUMAN PENJAGAAN PERABOT DI KSJ

Pihak pengurusan Kolej Siswa Jaya (KSJ) ingin menegaskan bahawa semua pelajar adalah bertanggungjawab untuk menjaga dan menggunakan perabot kolej KSJ dengan berhemah. Sebarang bentuk vandalisme atau penyalahgunaan perabot adalah DILARANG SAMA SEKALI, antaranya:

  • Mengheret meja atau kerusi (drag & drop)
  • Menghayun atau menggoyang kerusi
  • Menumpahkan air atau meninggalkan kesan kotoran
  • Menggunakan perabot sebagai tangga
  • Mengukir, mencalar atau merosakkan perabot
  • Mengubah atau memindahkan perabot tanpa kebenaran pihak kolej
  • Duduk di atas meja
  • Meletakkan beban berlebihan ke atas perabot
  • Melakukan pembaikan sendiri (DIY)

Dimaklumkan bahawa perabot di KSJ merupakan harta universiti dan kemudahan untuk kegunaan bersama. Sebarang kerosakan akan menjejaskan keselesaan penghuni kolej dan tindakan boleh dikenakan terhadap pelajar yang didapati melanggar peraturan.

Kerjasama semua pihak amatlah dihargai dalam memastikan kemudahan kolej sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan.

Sekian, terima kasih.

Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Siswa Jaya (JKM KSJ)
Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur

UTM Open Day