PROGRAM MEMARTABATKAN ORANG ASLI LEMOI, PAHANG

PROGRAM MEMARTABATKAN ORANG ASLI LEMOI, PAHANG

CAMERON HIGHLANDS, 21 May 2024 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM), in collaboration with industry partner Theta Edge Berhad, has successfully implemented four high-impact programs at Sekolah Kebangsaan (SK) Lemoi, Cameron Highlands. This initiative, part of the Programme to Elevate Indigenous Schools Through STEM Education, includes the ‘Fun Learning Toy Library’ (FLTL), Digital Literacy, Information Literacy, and Occupational Safety and Health (OSH) in Schools.

The collaboration involves several UTM departments, including Campus Sustainability (UTMCS), UTM Library, Occupational Safety, Health and Environment (OSHE), Kolej Siswa Jaya (KSJ), UTMKL Sports Excellence, Adopt a Kampung Team, Theta Edge Berhad, and the Pahang State Education Department. The team camped at Pos Lemoi for three days and two nights to execute these programs.

Despite significant challenges accessing Pos Lemoi, a remote location only reachable by four-wheel-drive vehicles and motorcycles, the 47 participants, including students and staff, remained enthusiastic about serving and elevating the indigenous school in Pos Lemoi, Cameron Highlands.

Theta Edge Berhad funded the sponsorship of 10 computers for SK Lemoi. Chief Executive Officer Ts. Syahrul Hafidz Suid and Business Development Director Dato Suhairi Saad expressed their excitement about this collaboration and pledged continued support for other indigenous schools in Pahang. Additional funding from KSJ, the OSH Section, UTM Library, and the Office of Campus Sustainability ensured the smooth execution of the program.

The following four programs were carried out:

  1. Development of a Mini Fun Learning Toy Library (FLTL) at SK Lemoi’s Pre-School: Led by Dr. Mohamed Azlan Suhot and Puan Harnani Sharuddin, this program focused on STEM education for pre-school students. They transformed the pre-school classroom into a Mini STEM FLTL, providing an interactive and enjoyable STEM learning experience.
  2. Occupational Safety and Health (OSH): Associate Professor Ts. Dr. Sa’ardin Abdul Aziz led this program, emphasizing the importance of safety and health practices among teachers and indigenous students. Safety control simulations, conducted by Saudara Stanislaus Johny, included fire safety and basic first aid.
  3. Digital Literacy at the School Resource Centre: Dr. Nor Fazilah Mohd Hashim led this program, assessing the impact of digital literacy by measuring computer learning before and after transforming the resource centre into a digital technology hub. The program introduced students to digital technology, providing computer access and basic IT training.
  4. Information Literacy for SK Lemoi Students: Led by Puan Nik Masriza Zakaria, this program aimed to enhance students’ skills in finding, evaluating, and effectively using information. She stated, “By fostering a reading culture and encouraging interest in learning STEM, we can provide early exposure to engineering fields.”

The implementation of these programs aligns with several United Nations Sustainable Development Goals (SDGs), including SDG3 (Good Health and Well-Being), SDG4 (Quality Education), SDG7 (Affordable and Clean Energy), SDG9 (Industry, Innovation, and Infrastructure), SDG10 (Reduced Inequality), and SDG17 (Partnerships for the Goals).

The program was inaugurated by En. Muhamadiah Iskandar b. Mohamed, Assistant Director of the School Management Sector, Pahang State Education Department, and witnessed by Professor Ts. Dr. Abd Latif bin Saleh, Pro-Vice-Chancellor (UTM Kuala Lumpur Campus), along with Tuan Ahmad Saidin bin Mohamad Idris, Headmaster of SK Lemoi.

“With this effort, UTM and the industry can bring positive and lasting changes to the education of the indigenous community, equipping them with engaging tools and the knowledge needed for a brighter future. May this Sustainable Education Discourse provide ongoing impact to UTM in advancing the localization of SDGs and fostering a sustainable culture within UTM,” said Associate Professor Ir. Dr. Shamsul Sarip from UTMCS.

KERATAN DARIPADA: UTMNEWSHUB

EDITOR: MUHAMMAD NABIL DANISH BIN AHMAD KHIR

lemoi moment
lemoisdg
SILENT SYMPHONY – SIGN LANGUAGE WORKSHOP

SILENT SYMPHONY – SIGN LANGUAGE WORKSHOP

KUALA LUMPUR, 28 April 2024 – The Residential College Committee of Kolej Siswa Jaya (JKM KSJ) organized the ‘Silent Symphony: Sign Language Workshop’ on Sunday, April 28, 2024, at Bilik Kebudayaan Blok A, KSJ. This event aimed to bridge the gap between the hearing and deaf communities. The workshop featured two esteemed representatives from the Malaysia Federation of the Deaf (MFD), Pn. Saadah and En. Muhammad Fakhrurazzi, who are deaf, along with a translator, Cik Zuraidah, to facilitate communication. The involvement of MFD was important as they brought expertise and firsthand experience to the workshop.

The main objective of the program was to provide participants with an opportunity to learn Malaysian Sign Language (BIM) from professionals and to foster greater understanding and awareness of the deaf community in Malaysia. The workshop began with an insightful session about the mission and vision of the MFD and the crucial role it plays in supporting the deaf community. Participants also gained an in-depth understanding of the deaf community’s unique ways of communication, culture, challenges, and the importance of inclusivity. Professionals from the MFD led the interactive segment, which covered the fundamentals of BIM—including self-introduction, verbs, the alphabet, numbers, colors, and more—to ensure accurate and efficient learning.

The Silent Symphony workshop had a significant impact on the Universiti Teknologi Malaysia (UTM) community. Through this program, UTM students and staff acquired valuable skills in sign language, enhancing their ability to communicate with the deaf community. This newfound skill set has not only enriched their personal and professional lives, but has also contributed to a more inclusive campus environment.

Nur Arina, the director of this program and a member of JKM KSJ, expressed that the workshop was a fantastic opportunity for both students and community members to immerse themselves in the world of sign language and the deaf community. She believes that understanding and learning BIM can help foster a more inclusive environment for everyone.

The workshop also highlighted UTM’s commitment to diversity and inclusion, emphasizing the university’s proactive approach to creating an environment where all students, regardless of their abilities, feel welcomed and supported.

The Silent Symphony workshop marked a significant step towards inclusivity and mutual understanding. By participating in this program, individuals not only acquired valuable language skills but also contributed to a more inclusive and empathetic society. The workshop sets a model for other institutions to follow, demonstrating the benefits of integrating such programs into their communities.

“This initiative by JKM, KSJ and MFD sets a precedent for other educational institutions. It’s inspiring to see such dedicated efforts to bridge communication gaps and promote understanding,” commented Dr. Azlan bin Suhot, the Principal of KSJ.

KERATAN DARIPADA: UTMNEWSHUB
EDITOR: MUHAMMAD NABIL DANISH BIN AHMAD KHIR

UTM TECHMISSION 2024 AT PULAU SONGSONG, KEDAH

UTM TECHMISSION 2024 AT PULAU SONGSONG, KEDAH

KEDAH, 12 Mei 2024 – UTM Techmission@Pulau Songsong, Kedah 2024 yang berlangsung pada 9 hingga 12 Mei 2024 yang disertai oleh 51 orang peserta ini telah mencapai objektifnya dengan cemerlang. Program ini dirancang untuk memberikan pendedahan yang baik kepada warga yang terlibat mengenai sosiobudaya dan ekonomi komuniti setempat supaya usaha ‘bebas jurang’ antara warga UA/IPT dan komuniti setempat dapat direalisasikan. Di samping itu, dapat mempromosikan serta menaikkan imej dan nama UTM. Program ini telah dirasmikan oleh Prof. Ts. Dr. Abd Latif Saleh, Pro-Naib Canselor (Kampus UTM Kuala Lumpur). Program anjuran Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Siswa Jaya ini telah mendapat kerjasama yang baik daripada Majlis Daerah Yan, Jabatan Perhutanan Negeri Kedah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Yan, RELA Daerah Yan, Persatuan Rekreasi Luar Daerah Yan, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) dan MJIIT.

Program UTM Techmission@Pulau Songsong ini dijalankan bagi menyalurkan bantuan teknikal berasaskan teknologi kepada komuniti setempat daerah Yan khususnya di Pulau Songsong. Dengan wujudnya kerjasama antara agensi kerajaan dan bukan kerajaan, program ini telah berjaya melaksanakan pelbagai aktiviti seperti pemasangan solar sebagai tenaga yang boleh diperbaharui oleh MJIIT serta pelepasan tukun tiruan oleh JTNCPI bagi menjaga ekosistem akuatik daripada di ancam kepupusan selaras dengan inisiatif Sustainable Development Goals iaitu SDG 7: Affordable and Clean Energy dan SDG 14: Life Below Water. Selain itu, program ini bukan sahaja berfokuskan di Pulau Songsong tetapi juga sekitar daerah Yan iaitu di Hutan Lipur Titi Hayun di mana peserta dan penduduk setempat bekerjasama membersihkan kawasan Tangga Kenari serta melaksanakan Knowledge Transfer Program (KTP) berkaitan pembuatan tukun tiruan yang dikendalikan oleh staf teknikal daripada JTNCPI.

Hasil yang telah dicapai setelah tamat program ini ialah:

  1. Memasang sebanyak sembilan (9) solar bagi kemudahan komuniti iaitu tujuh (7) di Pulau Songsong dan dua (2) di Tangga Kenari
  2. Melepaskan tiga belas (13) tukun tiruan bagi pembiakan ikan dan tiga (3) tukun tiruan bagi Knowledge Transfer Program (KTP)
  3. Mengecat Tangga Kenari iaitu laluan pendakian ke Gunung Jerai yang terletak di kawasan Hutan Lipur Titi Hayun
  4. Mencapai sasaran bagi Sustainable Development Goals iaitu SDG 7: Affordable and Clean Energy dan SDG 14: Life Below Water

Sehubungan itu, inisiatif dan komitmen yang disepakati antara pihak UTM bersama dengan agensi Kerajaan serta komuniti di daerah Yan melalui program ini diharapkan dapat berkekalan dan memberikan manfaat yang berpanjangan kepada komuniti setempat.

KERATAN DARIPADA: UTMNEWSHUB
EDITOR: MUHAMMAD NABIL DANISH BIN AHMAD KHIR

techmission sdg
TARBIAH RAMADAN ’24

TARBIAH RAMADAN ’24

KUALA LUMPUR, 31 Mac 2024 – Jawantankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) Kolej Siswa Jaya (KSJ) telah menganjurkan sebuah program kerohanian sempena bulan suci Ramadhan yang dinamakan Tarbiah Ramadhan ’24. Program ini bertujuan untuk mempertingkatkan amalan sunnah serta memperkukuh dimensi kerohanian dan penghayatan ibadah dalam kalangan pelajar, selaras dengan keberkatan bulan Ramadhan. Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pelajar UTM Kuala Lumpur.

JKM KSJ menjadikan program peningkatan kerohanian ini sebagai acara tahunan yang melibatkan warga pelajar dan staf kolej. Sebagai salah satu daripada lima rukun Islam, ibadah puasa di bulan Ramadhan turut dihargai dengan penyediaan makanan percuma bagi pelajar untuk berbuka puasa.

Program dimulakan dengan Iftar Harian yang diadakan setiap petang di Surau KSJ. Iftar ini dihadiri dengan penuh oleh para pelajar setiap hari kecuali pada hujung minggu. Pelbagai jenis makanan yang lazat telah disediakan sepanjang program ini berlangsung.

Pelancaran Tarbiah Ramadhan 2024 telah diadakan pada 13 Mac 2024 bertempat di Bilik Kebudayaan Blok A Kolej Siswa Jaya. Majlis ini menandakan permulaan kepada siri program Ritme Ramadhan 2024. Cabaran Barakah pula merupakan pertandingan kuiz yang menguji pengetahuan peserta dalam bidang ilmu Islam. Seramai 30 orang pelajar telah menyertai pertandingan ini yang berlangsung selama dua hari dari 16 hingga 17 Mac 2024 secara atas talian.

Program MySaveFood pula merupakan hasil kerjasama bersama Pemuda GEMA KL. Makanan lebihan yang tidak terjual dari bazar telah dikumpulkan dan diagihkan kepada golongan yang memerlukan. Program ini berlangsung dari 20 Mac hingga 27 Mac 2024. Objektif utama program ini adalah untuk mengurangkan pembaziran makanan serta menyampaikan bantuan kepada mereka yang kurang berkemampuan secara percuma, seiring dengan perintah Allah SWT dalam surah Al-A’raf ayat 31: “…dan makanlah serta minumlah, tetapi jangan berlebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.”

Pada 27 Mac 2024, JKM KSJ turut bekerjasama dengan Kolej SPACE dalam Program Agihan Bubur Lambuk. Kedua-dua pihak berganding bahu memasak dan mengagihkan bubur lambuk kepada para pelajar di Kolej Siswa Jaya.

Khilwah Ramadhan menjadi penutup kepada keseluruhan program Tarbiah Ramadhan ’24. Ia telah berlangsung pada 29 Mac 2024 di Kolej Siswa Jaya. Program ini dimulakan dengan Majlis Khatam Al-Quran dan diakhiri dengan sesi berbuka puasa secara berjemaah. Program ini berjaya menarik penyertaan ramai pelajar yang hadir untuk sama-sama mengakhiri Ramadhan dengan penuh keberkatan.

EDITOR: MUHAMMAD NABIL DANISH BIN AHMAD KHIR

TARBIAH RAMADHAN SDG
LIGA SAHUR 2024

LIGA SAHUR 2024

KUALA LUMPUR, 27 Mac 2024 – Kejohanan Liga Sahur (Piala Pengetua KSJ) merupakan kejohanan tahunan yang dianjurkan di Kolej Siswa Jaya (KSJ) dengan melibatkan pelajar-pelajar yang menginap di dalam kolej dan luar kampus. Kejohanan ini dianjurkan bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat pelajar di dalam arena sukan dan juga membantu kebajikan pelajar dengan memberi makanan sahur percuma selama empat hari kejohanan berlangsung. Selain itu, matlamat utama kejohanan ini juga adalah untuk mengeratkan ukhuwah dan mahabbah dalam kalangan pelajar tahun satu sehingga tahun empat yang berbeza kursus dan latar belakang akademik. Tambahan lagi, kejohanan seperti ini mampu memberi pilihan kepada pelajar muslim dan bukan muslim untuk melakukan aktiviti kesukanan di bulan Ramadan. Kejohanan ini telah berlangsung selama empat hari bermula pada 20 Mac hingga 23 Mac 2024 dengan melibatkan dua jenis sukan teras yang mendapat sambutan penyertaan yang menggalakkan dalam kalangan pelajar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur iaitu Futsal bagi kategori lelaki dan Frisbee bagi kategori campuran.

Kejohanan ini telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) KSJ dengan kerjasama Seksyen Kecemerlangan Sukan UTM Kuala Lumpur. Kejohanan seperti ini merupakan satu platform yang terbaik untuk Seksyen Kecemerlangan Sukan memperkasakan bakat pelajar JKM KSJ di dalam bidang pengurusan sukan dan teknikal kejohanan. Secara tidak langsung, kejohanan seperti ini akan terus konsisten menjadi kejohanan tahunan dalam menyemarakan sambutan bulan Ramadan seterusnya memperkasakan inisiatif pencarian bakat dalam kalangan mahasiswa di UTM Kuala Lumpur. ISMA Mewah merupakan badan penaja utama yang teguh bersama dan menyokong Jawatankuasa Penganjur bagi tiga tahun yang berturut-turut dalam menjayakan kejohanan ini.

Pengetua KSJ, Dr. Mohamed Azlan bin Suhot; Ketua Seksyen Kecemerlangan Sukan, dan Penaja Utama Kejohanan ISMA MEWAH turut hadir pada hari terakhir kejohanan bagi menyaksikan perlawanan akhir futsal. Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Liga Sahur (Piala Pengetua KSJ) telah disempurnakan oleh Pengetua KSJ sendiri di Gelanggang Futsal KSJ.

“Kolej sentiasa menggalakkan dan menyokong kejohanan seperti ini. Ia menjadi satu branding dan acara tahunan di KSJ untuk mengasah bakat pelajar agar boleh diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi” ucap pengetua KSJ semasa Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Liga Sahur (Piala Pengetua KSJ)

KERATAN DARIPADA : UTMNEWSHUB
EDITOR: MUHAMMAD NABIL DANISH BIN AHMAD KHIR

 

SDG Liga Sahur 2024
PROGRAM RAMAH MESRA PENGETUA 2024

PROGRAM RAMAH MESRA PENGETUA 2024

KUALA LUMPUR, 15 January 2024 -Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Siswa Jaya (JKM KSJ) telah menganjurkan sebuah program sambutan yang meriah khas buat para pelajar tahun pertama. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan pelajar baharu dari pelbagai peringkat pengajian — Asasi, Diploma dan Ijazah — kepada individu penting di kolej seperti pengetua, felo-felo, dan barisan kepimpinan JKM. Objektif utama program ini adalah untuk mewujudkan rasa mesra dan kekitaan dalam kalangan pelajar baharu dengan memperkenalkan mereka kepada pentadbiran kolej serta menjelaskan fungsi utama JKM dan jawatankuasa-jawatankuasanya.

Antara intipati utama program ini ialah sesi penyampaian oleh Pengetua KSJ dan Presiden JKM. Pengetua mengambil peluang ini untuk menjelaskan peraturan, garis panduan serta nilai-nilai yang diterapkan di Kolej Siswa Jaya. Sesi ini bukan sekadar menyampaikan peraturan, tetapi turut memberi kefahaman jelas tentang harapan pihak kolej terhadap pelajar dan membentuk rasa tanggungjawab dalam diri mereka. Seterusnya, Presiden JKM memperkenalkan pelbagai program yang dirancang sepanjang tahun akademik — merangkumi pelbagai bidang untuk memenuhi minat dan bakat pelajar. Ucapannya menjadi peta panduan kepada pelajar tentang bagaimana mereka boleh terlibat secara aktif dalam komuniti kolej yang dinamik ini.

Program orientasi ini turut diselitkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti kuiz interaktif dan cabutan bertuah. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja menambahkan elemen keseronokan, malah menjadi medium untuk para pelajar berinteraksi dan berkenalan sesama sendiri serta dengan pihak penganjur.

Keseluruhannya, Program Ramah Mesra Pengetua KSJ 2024 yang berlangsung pada 15 Januari telah menjadi langkah awal yang sangat bermakna dalam usaha menyambut dan menyatukan pelajar baharu ke dalam komuniti Kolej Siswa Jaya yang penuh semangat. Gabungan antara sesi maklumat dan aktiviti yang menarik menjadikan program ini satu pengalaman yang menyeluruh dan bermanfaat. Dengan ilmu yang diperoleh, hubungan yang terbina dan semangat kekitaan yang terjalin, para pelajar kini bersedia untuk menempuh cabaran serta peluang baharu sepanjang perjalanan mereka di KSJ.

EDITOR: MUHAMMAD NABIL DANISH BIN AHMAD KHIR