PROGRAM ADVENTURE TO RESPONSE THE COMMUNITY OF SOUTHERN THAILAND 2024

PROGRAM ADVENTURE TO RESPONSE THE COMMUNITY OF SOUTHERN THAILAND 2024

NARATHIWAT, 22 Febuari 2025 – Seramai 30 pelajar dari Kolej Siswa Jaya (KSJ) dan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) Pelajar Luar Kampus (PLK), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur telah menyertai Program Adventure to Response The Community of Southern Thailand 2024 yang berlangsung dari 19 hingga 22 Februari 2025.

Program ini merupakan inisiatif Tanggungjawab Sosial Universiti (USR) yang bertujuan menyemai nilai keprihatinan dan semangat kesukarelawanan dalam kalangan mahasiswa. Fokus utama program adalah menyokong tiga Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), iaitu SDG 1, Tiada Kemiskinan; SDG 4, Pendidikan Berkualiti; dan SDG 7, Tenaga Mampu Milik dan Bersih.

Antara aktiviti kemasyarakatan yang dilaksanakan di Kampung Wakaf Siku, Narathiwat termasuk pemasangan 10 unit panel solar di persimpangan jalan yang tidak mempunyai lampu, bertujuan meningkatkan tahap keselamatan penduduk terutamanya pada waktu malam. Teknologi solar yang digunakan membantu menjimatkan kos tenaga dan mesra alam, sejajar dengan aspirasi tenaga mampan.

Selain itu, sesi pembelajaran berasaskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) turut diadakan di Bansamyaek School, yang memberi pendedahan kepada murid sekolah rendah tentang asas kejuruteraan melalui aktiviti membina blok LEGO dan kereta Tamiya. Aktiviti ini mencetuskan minat pelajar terhadap bidang sains dan teknologi serta menggalakkan pembelajaran secara interaktif.

Bagi meringankan beban keluarga berpendapatan rendah, sumbangan barangan keperluan asas seperti beras, gula dan minyak masak turut disalurkan. Inisiatif ini membantu memperkukuh hubungan antara mahasiswa dan komuniti setempat serta menyemai nilai empati dan kasih sayang.

KERATAN DARIPADA: UTMNEWSHUB
EDITOR: MUHAMMAD NABIL DANISH BIN AHMAD KHIR

thai sdg
KSJ FIESTA ’24

KSJ FIESTA ’24

KUALA LUMPUR, 10 November 2024 – Kolej Siswa Jaya (KSJ), Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL), sekali lagi telah berjaya menganjurkan Festival Terbuka Kolej 2024 (FIESTA ’24) yang berlangsung meriah dari 8 hingga 10 November 2024. Program tahunan ini dikendalikan oleh Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) dengan sokongan Majlis Perwakilan Pelajar Kuala Lumpur (MPP KL) serta Persatuan ALUMNI UTM. Objektif utama festival ini adalah untuk mengeratkan hubungan antara pelajar dan masyarakat setempat dalam suasana penuh kemeriahan.

FIESTA ’24 mengetengahkan lebih daripada 25 gerai jualan, termasuk 11 gerai yang diuruskan oleh kelab dan persatuan pelajar. Gerai-gerai ini menawarkan pelbagai jenis makanan, minuman serta produk tempatan, sekali gus menjadi medium yang efektif untuk memupuk semangat keusahawanan dalam kalangan pelajar sambil menggalakkan interaksi sihat dengan pengunjung dari komuniti luar.

Selain itu, festival ini turut diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti Gerai Jualan, Rumah Hantu, Open Mic, Senamrobik, Pemeriksaan Kesihatan oleh PKU, Derma Darah, Aktiviti Kanak-Kanak, dan Mini Zoo. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja menawarkan hiburan dan keseronokan, malah membuka ruang kepada mahasiswa untuk mengasah bakat kepimpinan serta meningkatkan keyakinan diri dalam berkomunikasi dan berinteraksi dengan masyarakat.

Kemuncak festival turut menampilkan konsert artis terkenal, Yuji, bersama penampilan khas Puteri Dahlia, yang berlangsung pada malam terakhir acara. Persembahan ini menjanjikan pengalaman hiburan yang memukau kepada semua pengunjung yang hadir.

Di samping itu, pelbagai lagi aktiviti seperti pertandingan antara kelab, permainan interaktif, dan pameran seni hasil karya pelajar turut diadakan. Aktiviti-aktiviti ini bertujuan membina kemahiran sosial, komunikasi, dan kerjasama dalam kalangan mahasiswa melalui pendekatan yang santai dan menyeronokkan.

Majlis perasmian penutupan FIESTA ’24 akan disempurnakan oleh Pro Naib Canselor UTM, diikuti dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang serta persembahan penutup yang penuh warna-warni. Penganjuran FIESTA ’24 menjadi bukti komitmen KSJ dalam mengukuhkan jaringan antara pelajar dan masyarakat, sambil memberikan pengalaman yang bermakna dan menyeronokkan kepada semua yang terlibat.

JKM KSJ menyeru semua warga KSJ dan masyarakat setempat untuk terus memberi sokongan terhadap inisiatif seperti ini dan bersama-sama memeriahkan FIESTA ’24 – sebuah festival yang bukan sahaja menceriakan, tetapi juga memperkasakan nilai perpaduan, keusahawanan, dan keterlibatan komuniti.

EDITOR: MUHAMMAD NABIL DANISH BIN AHMAD KHIR

CITRA MERDEKA ’24

CITRA MERDEKA ’24

KUALA LUMPUR, 9 September 2024 — Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) Kolej Siswa Jaya, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur telah berjaya menganjurkan Citra Merdeka ’24, sebuah siri program sempena Bulan Kemerdekaan Malaysia. Program yang berlangsung selama dua minggu ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotisme, memupuk perpaduan, serta menggalakkan penghargaan terhadap budaya dan sejarah tanah air dalam kalangan komuniti UTMKL.

Citra Merdeka ’24 menampilkan pelbagai aktiviti menarik dan interaktif yang bukan sahaja bersifat mendidik, malah mampu mengeratkan hubungan dalam kalangan pelajar serta kakitangan UTMKL. Program ini turut memberi penekanan kepada sejarah kemerdekaan negara, nilai-nilai warisan budaya, dan semangat cintakan tanah air.

Antara program utama yang dijalankan ialah Trivia Merdeka yang berlangsung pada 6 September 2024 secara dalam talian. Pertandingan kuiz ini menguji pengetahuan peserta mengenai sejarah Malaysia melalui tiga pusingan menarik: soalan aneka pilihan, cabaran teka gambar, serta aktiviti “zoom in zoom out” yang menguji ketajaman pengamatan peserta dalam suasana santai dan kompetitif.

Sementara itu, pertandingan Seni Bina Merdeka yang bermula dari 25 Ogos hingga 8 September 2024 telah mencabar kreativiti pelajar untuk membina tugu atau monumen berinspirasikan Hari Kemerdekaan menggunakan bahan-bahan terpakai. Hasil ciptaan peserta telah dipamerkan di ruang legar Blok B dan dibuka untuk undian secara dalam talian oleh warga kolej. Pemenang dipilih berdasarkan kreativiti, mesej yang disampaikan, dan undian tertinggi dari komuniti.

Satu lagi acara yang mencuri tumpuan ialah Desa Tokwan, pertandingan permainan tradisional yang berkonsepkan Amazing Race, telah diadakan pada 7 September 2024. Para peserta perlu melepasi beberapa pos kawalan sambil bermain permainan tradisional Melayu seperti congkak, batu seremban, dan pelbagai lagi. Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan malah memperkenalkan semula permainan warisan kepada generasi muda serta memupuk semangat kerjasama berpasukan.

Kemuncak kepada siri program ini ialah Majlis Penutup Citra Merdeka ’24 yang berlangsung pada 9 September 2024 di Kolej Siswa Jaya. Majlis ini meraikan kejayaan pelaksanaan program sepanjang dua minggu dan mengumumkan pemenang bagi setiap pertandingan. Sambutan ini berlangsung dalam suasana meriah, penuh warna-warni dan semangat patriotik yang tinggi, memperlihatkan keterlibatan aktif komuniti UTMKL dalam menghargai sejarah serta pencapaian negara.

Secara keseluruhan, Citra Merdeka ’24 sekali lagi membuktikan peranannya sebagai platform penyatuan warga kampus daripada pelbagai latar belakang. Ia bukan sahaja memperkukuh jati diri nasional dalam kalangan pelajar, malah menyemai rasa bangga terhadap kemerdekaan yang dikecapi. Dengan kejayaan program ini, JKM KSJ terus komited dalam memupuk semangat kebangsaan dalam kalangan mahasiswa dan menyumbang kepada pembinaan komuniti kampus yang harmoni dan berwawasan.

EDITOR: MUHAMMAD NABIL DANISH BIN AHMAD KHIR

KEM PEMANTAPAN JKM KSJ & PLK 2024

KEM PEMANTAPAN JKM KSJ & PLK 2024

TERENGGANU, 21 Julai 2024 – Seramai 40 ahli Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Siswa Jaya (JKM KSJ) dan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Pelajar Luar Kampus (JKM PLK), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur telah menyertai satu program lawatan akademik dan pemantapan kepimpinan yang berlangsung di Pulau Perhentian, Terengganu selama empat hari, bermula pada 18 hingga 21 Julai 2024.

Perjalanan bermula pada malam 18 Julai, apabila para peserta mula berkumpul di kafe KSJ seawal jam 10.30 malam sebelum bertolak ke Jeti Kuala Besut tepat jam 12.00 tengah malam. Setibanya di Kuala Besut pada awal pagi 19 Julai, rombongan singgah di masjid berdekatan untuk menunaikan solat Subuh sebelum menikmati sarapan pagi dan meneruskan perjalanan ke jeti.

Para peserta menaiki bot ke Pulau Perhentian sekitar jam 11.00 pagi dan selamat tiba setengah jam kemudian. Setelah selesai daftar masuk penginapan, program diteruskan dengan ucapan pembukaan oleh Pengetua Kolej Siswa Jaya, Dr. Azlan bin Suhot pada jam 2.30 petang. Aktiviti kemudiannya diteruskan dengan sesi persiapan persembahan program oleh para ahli jawatankuasa. Waktu malam diisi dengan sesi forum yang bermanfaat pada jam 8.30 malam bersama barisan panel hebat iaitu Prof. Ts. Dr. Ali bin Selamat, Prof. Aminudin bin Haji Abu, Encik Arman bin Md Yasin, dan Encik Syafiq bin Rahmat, serta dimoderatorkan oleh Encik Radhir Sham.

Pada 20 Julai, program dimulakan dengan aktiviti plogging sekitar pantai pada jam 7.30 pagi, di mana para peserta mengasingkan sisa kutipan kepada tiga kategori iaitu plastik, kertas, dan kaca. Selepas sarapan, peserta menyertai aktiviti snorkelling di tiga lokasi menarik sekitar Pulau Perhentian sehingga tengah hari. Pada sebelah petang, satu sesi taklimat telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Saardin, wakil dari OSHE, berkaitan pengisian borang Event Safety Checklist dan HIRARC dengan cara yang betul. Program disambung dengan sesi pembentangan perancangan program oleh para pelajar dan ulasan dari para pensyarah dan panel.

Hari terakhir, 21 Julai, dimanfaatkan dengan aktiviti bebas pada waktu pagi sebelum proses daftar keluar pada jam 11.00 pagi. Rombongan kemudian menaiki bot kembali ke Jeti Kuala Besut, sebelum menaiki bas pulang ke Kuala Lumpur dengan beberapa hentian bagi makan tengah hari serta menunaikan solat Zuhur dan Maghrib di R&R. Rombongan selamat tiba di Kolej Siswa Jaya pada jam 10.00 malam.

Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada para pelajar untuk merasai keindahan alam sekitar dan mengukuhkan semangat kerjasama, malah menjadi platform penting dalam memantapkan ilmu pengurusan keselamatan acara serta kemahiran komunikasi dalam kalangan mahasiswa.

SUMBER: UTMNEWSHUB

EDITOR: MUHAMMAD NABIL DANISH BIN AHMAD KHIR

USR ALAM SEKITAR : BUILDING A GREEN FUTURE TOGETHER

USR ALAM SEKITAR : BUILDING A GREEN FUTURE TOGETHER

KUALA LUMPUR, 6 JULAI 2024 – USR Alam Sekitar telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) Kolej Siswa Jaya (KSJ) dan berlangsung selama tujuh hari bermula dari 5 hingga 9 Jun 2024 serta disambung pada 6 Julai 2024. Program ini dianjurkan sebagai tanda penyertaan dalam sambutan Hari Alam Sekitar Negara yang diraikan setiap tahun pada 5 Jun. Fokus utama program ini adalah untuk mengimbangi ekosistem dengan melaksanakan aktiviti berkaitan pemuliharaan biodiversiti. Antara aktiviti yang telah dijalankan termasuklah Kempen Penjimatan Tenaga, Earth Hour, Hari Tanpa Plastik, Bengkel Ujian Kualiti Air, Aktiviti Menanam Pokok, dan Bengkel Pembuatan Sabun.

Peserta sasaran adalah dalam kalangan pelajar Kolej Siswa Jaya serta komuniti dari PPR Desa Rejang. Pada 9 Jun, sekumpulan pelajar dari Kolej Siswa Jaya (KSJ), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur telah berjaya menjalankan aktiviti penanaman pokok bakau di Taman Rekreasi Paya Bakau, Kampung Sijangkang. Aktiviti ini merupakan sebahagian daripada inisiatif kesedaran alam sekitar yang sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG). Ia dianjurkan oleh KSJ dan Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT) dengan kerjasama UTM Campus Sustainability (UTMCS) dan Seksyen Keselamatan, Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar (OSHE) UTM Kuala Lumpur.

• Projek ini bertujuan untuk melindungi ekosistem bakau yang sangat penting untuk kestabilan ekologi serta kehidupan marin di kawasan tersebut. Sebagai sebahagian daripada usaha ini, sebanyak 60 anak pokok Rhizophora mucronata atau lebih dikenali sebagai Bakau Kurap telah ditanam. Anak pokok ini berukuran sekurang-kurangnya 55 cm tinggi dan mempunyai empat hingga enam helai daun.

• Spesies Bakau Kurap dipilih kerana ia sangat sesuai tumbuh di kawasan berpaya berhampiran muara sungai, tempat pertemuan air tawar dan air masin. Taman Rekreasi Paya Bakau, Kg. Sijangkang merupakan habitat yang ideal kerana ia membantu mengekalkan kestabilan pesisir pantai dan mengurangkan hakisan tanah.

• Selain itu, Rhizophora apiculata atau dikenali sebagai Bakau Minyak juga sesuai untuk kawasan paya bakau. Sebelum ditanam, anak pokok ini perlu mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 30 cm dan memiliki sekurang-kurangnya empat helai daun.

Pengarah Program, Sharifah Aina Zarifah binti Syed Ahmad Zamri, menyatakan bahawa KSJ telah berjaya menganjurkan satu program pendidikan dan kesedaran yang menekankan kepentingan lautan, biodiversiti marin serta cabaran yang dihadapi seperti pencemaran plastik dan perubahan iklim.

“Kami mengiktiraf peranan penting lautan dan ekosistem pesisir dalam kehidupan kita. Salah satu inisiatif utama yang dijalankan hari ini ialah penanaman pokok bakau. Bakau bukan sahaja melindungi pesisir daripada hakisan dan bencana alam, malah menyediakan habitat penting untuk hidupan marin, menyokong kepelbagaian biodiversiti dan berfungsi sebagai penyerap karbon yang berkesan, membantu usaha kita dalam menangani kesan perubahan iklim,” ujar Sharifah Aina Zarifah.

Ketua komuniti, Encik Suhaimi turut menekankan bahawa usaha penanaman pokok bakau ini bukan sahaja membantu pemuliharaan alam sekitar, malah turut memberi pendidikan kepada generasi muda mengenai pentingnya memelihara ekosistem. “Taman Rekreasi Paya Bakau – Kg. Sijangkang mempunyai sejarah yang panjang dan merupakan satu-satunya kawasan paya bakau di kawasan ini. Kami berbangga dapat bekerjasama dengan UTM dan para pelajar dalam usaha memelihara kawasan ini,” katanya.

Aktiviti ini telah memberikan pengalaman yang amat bermakna kepada para pelajar serta menyumbang kepada usaha pemuliharaan alam sekitar. Inisiatif ini dijangka memberi impak positif dalam jangka masa panjang melalui kerjasama erat antara komuniti, institusi pendidikan dan pihak pengurusan taman. Diharapkan usaha seperti ini akan mendorong lebih banyak pihak untuk melibatkan diri dalam aktiviti pemeliharaan alam sekitar dan bersama-sama memastikan kelestarian ekosistem demi generasi akan datang.

SOURCE:  UTMNEWSHUB – SOAP MAKING
                      UTMNEWSHUB – PAYA BAKAU

EDITOR: MUHAMMAD NABIL DANISH BIN AHMAD KHIR

RAHOMA TUITION PROGRAM 2024

RAHOMA TUITION PROGRAM 2024

KUALA LUMPUR, 3 June 2024 – In a heartwarming display of dedication and community spirit, the Program Tuisyen Rahoma, a volunteer tutoring initiative, successfully concluded its latest edition. Aimed at bolstering the
academic performance of primary and secondary students from the Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia, it was a testament to the power of collaboration between university students and local communities.

Held every Wednesday for ten weeks from April 24th to July 3rd and running from 8:00 PM to 9:30 PM, it brought together volunteers and young learners in a shared pursuit of knowledge. The program, organized by the dedicated student committee from the Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Pelajar Luar Kampus (JKM PLK) club at Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL), demonstrated the university’s unwavering commitment to community service. Under the guidance of Dr. Mohamad Azlan bin Suhot, who served as the Patron, and with the invaluable assistance of En. Mohamad Firdaus bin Majid as Advisor and En. Muhamad Sharifuddin bin Abd Rahim as Program Coordinator, the initiative not only provided academic support but also fostered teaching skills and a sense of social responsibility among the student volunteers.

Program Tuisyen Rahoma was planned with several objectives in mind, including: providing social support and a
thirst for learning for students who are in need of a positive educational environment; fulfilling UTM’s mission in
prospering lives through knowledge; contributing to three sustainable development goals (Quality Education,
Gender Education, and Sustainable Cities and Communities). Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia, just a
five-minute walk from Residensi UTMKL, serves as a haven for children from vulnerable families and was the
perfect setting for this initiative. Over the course of ten weeks, the small court of Pertubuhan Rahoma
transformed into a bustling center of learning and mentorship.

EDITOR: MUHAMMAD NABIL DANISH BIN AHMAD KHIR