Makluman Penting Penempatan Pelajar di Kolej Siswa Jaya (KSJ)
Untuk makluman, pihak Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan melaksanakan kerja-kerja naik taraf dan penyelenggaraan Kolej Siswa Jaya (KSJ) secara berperingkat. Pelaksanaan ini akan menyebabkan pengurangan kapasiti penempatan pelajar di kolej.
Sehubungan itu, keutamaan penempatan diberikan kepada pelajar baharu bagi kemasukan Julai dan Oktober 2025. Bagi pelajar kanan, hanya sebahagian kecil yang telah ditawarkan penempatan berdasarkan kriteria tertentu seperti penglibatan dalam kepimpinan dan sumbangan kepada komuniti kolej.
Pelajar yang tidak ditawarkan penempatan adalah disarankan untuk mencari penempatan alternatif di luar kampus.
Sebarang perkembangan dan maklumat terkini berkaitan isu ini akan dimaklumkan melalui laman web ini.
Pihak UTM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kerjasama dan keprihatinan semua pelajar dalam perkara ini.
Important Notice: Student Accommodation at Kolej Siswa Jaya (KSJ)
Please be informed that Universiti Teknologi Malaysia (UTM) will be carrying out in stages the upgrading and maintenance works at Kolej Siswa Jaya (KSJ). This will cause a reduction in the capacity of students’ accomodation.
Hence, priority is given to new students who will be enrolling for the intakes of July and October 2025. For senior students, limited number of accomodation has been offered based on specific criteria like involvement in leadership roles and contributions to the college community.
Students who are not offered accommodation are advised to seek alternative housing arrangements off-campus.
All developments and updates regarding this will be communicated through this website.
UTM extends its sincere appreciation for the cooperation and understanding shown by all students on this.