Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dimaklumkan bahawa pihak penganjur akan mengadakan program Library On Air @KSJ: Sembang Siswa yang membawakan topik Jejak Karbon & Gaya Hidup Kampus.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran warga kampus terhadap kepentingan amalan lestari serta peranan individu dalam mengurangkan jejak karbon dalam kehidupan seharian.

Sehubungan dengan itu, semua warga Kolej Siswa Jaya dijemput untuk menghadiri program ini seperti butiran berikut:

Tarikh: 14 April 2026 (Selasa)
Masa: 5.30 petang
Tempat: Foyer A, Kolej Siswa Jaya

Panel Jemputan:

  • Prof. Madya Ir. Dr. Shamsul bin Sarip
    (Timbalan Pengarah, Pejabat Pelestarian Kampus, UTMKL)
  • Naufal Al-Harith bin Muhammad Fisol
    (Pelajar Fakulti Kecerdasan Buatan, FAI)

KELEBIHAN PENYERTAAN

  • Merit KSJ (pelajar)
  • Mata CPD (staf)
  • Makanan disediakan kepada 150 peserta terawal

Kehadiran semua amat dialu-alukan bagi memeriahkan program serta menambah pengetahuan berkaitan kelestarian kampus.

Sekian, terima kasih.

Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM)
Kolej Siswa Jaya
Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur

UTM Open Day