PROGRAM RAMAH MESRA BERSAMA JKM KSJ
KHAS UNTUK PELAJAR TAHUN PERTAMA (DIPLOMA & IJAZAH)
Dimaklumkan bahawa semua pelajar Tahun Pertama Kolej Siswa Jaya (KSJ) bagi peringkat Diploma dan Ijazah adalah DIWAJIBKAN hadir ke program berikut:
PROGRAM: RAMAH MESRA BERSAMA JKM KSJ
Program ini bertujuan memberi pendedahan serta pengenalan kepada pelajar baharu mengenai Kolej Siswa Jaya (KSJ), selain sesi khas bersama Pengetua KSJ.
Butiran program adalah seperti berikut:
Tarikh: 12 Januari 2026 (Isnin)
Masa: 8.00 malam – 10.00 malam
Tempat: Foyer Blok A, Kolej Siswa Jaya
Penceramah:
Dr. Mohamed Azlan bin Suhot
Pengetua Kolej Siswa Jaya
FAEDAH PENYERTAAN
-
Merit KSJ akan diberikan kepada peserta
-
Jamuan disediakan (terhad kepada 50 pelajar terawal)
-
Peluang memenangi kredit e-Wallet Touch ‘n Go melalui sesi kuiz
PERINGATAN PENTING
Kehadiran adalah WAJIB bagi semua pelajar Tahun Pertama KSJ. Pelajar diminta hadir tepat pada masanya dan memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang program berlangsung.
Sekian, terima kasih.
Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Siswa Jaya (JKM KSJ)
Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur