20 September 2025 – Program Walk Together with Vice Chancellor yang berlangsung di Kolej Siswa Jaya (KSJ) telah berjaya dianjurkan dengan suasana meriah dan penuh semangat kebersamaan. Hampir 100 orang peserta terdiri daripada Pengurusan Tertinggi Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKP) UTM Kuala Lumpur serta Mahasiswa UTM Kuala Lumpurmengikuti Program Semarak Subuh dan Walk & Talk Bersama Naib Canselor yang berlangsung di Kolej Siswa Jaya, UTM Kuala Lumpur
Program dimulakan dengan sesi senamrobik yang dikendalikan oleh tenaga pengajar sebelum diteruskan dengan aktiviti berjalan santai bersama Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), barisan staf serta para pelajar KSJ. Suasana pagi yang nyaman serta persekitaran kolej yang hijau menjadikan program ini lebih bermakna kepada semua peserta.
Penyertaan pelajar daripada pelbagai fakulti, termasuk pelajar antarabangsa dan pelajar baharu, turut memeriahkan program ini. Aktiviti ini bukan sahaja menggalakkan amalan gaya hidup sihat, malah menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara warga kolej dan kepimpinan universiti.
Pihak kolej merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Naib Canselor UTM atas kesudian hadir dan menyantuni warga KSJ, serta kepada barisan pengurusan dan staf UTM, Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) dan semua pelajar yang telah memberikan komitmen dalam menjayakan program ini.
Diharapkan penganjuran program seumpama ini dapat diteruskan sebagai usaha membudayakan gaya hidup sihat dan memperkukuh semangat kesatuan dalam kalangan warga KSJ.