SURVEY PENGINAPAN TAMBAHAN UNTUK PELAJAR UTMKL
LINK: SURVEY PENGINAPAN TAMBAHAN UNTUK PELAJAR UTMKL
Merujuk kepada notis mengenai Perancangan Kerja Baik Pulih di Kolej Siswa Jaya, adalah dimaklumkan bahawa Asrama Kolej Siswa Jaya (KSJ) UTM Kuala Lumpur tidak dapat menampung keseluruhan jumlah pelajar sepanjang tempoh kerja-kerja pembaikan yang sedang berlangsung. Justeru, keutamaan penempatan diberikan kepada pelajar baharu, manakala penginapan sebahagian besar pelajar sedia ada tidak dapat disediakan di KSJ. Sehubungan itu, bagi memenuhi keperluan ini, pihak universiti sedang mempertimbangkan cadangan penyediaan penginapan luar kampus kepada pelajar kohort lama, tertakluk kepada jumlah permintaan sebenar.
Cadangan ini bagi membantu pelajar mendapatkan kemudahan penginapan yang sesuai dengan mengambilkira persekitaran dan kemudahan pengangkutan yang inklusif. Inisiatif ini memerlukan komitmen yang tinggi bukan sahaja dari pihak universiti, tetapi di pihak pelajar sendiri. Pertambahan kos kelengkapan dan pengangkutan akan ditanggung universiti, namun pertambahan sebahagian kos penginapan dan penggunaan utiliti perlu ditanggung pelajar. Dengan inisiatif ini, dijangka dapat meringankan bebanan kewangan dan komitmen pelajar berbanding mendapatkan penginapan secara berasingan, termasuk keperluan deposit, perjanjian dan sebagainya.
Tinjauan ini dijalankan bagi mendapatkan maklum balas pelajar yang berminat dan kesediaan mereka untuk menerima tawaran Penginapan Asrama Luar sepanjang tempoh pembaikan Kolej Siswa Jaya, yang dijadualkan bermula Ogos 2025 hingga Disember 2027. Kerjasama dan perhatian daripada semua pelajar dalam menjawab tinjauan ini amat dihargai bagi membantu pihak pengurusan UTM dalam membuat perancangan yang terbaik. Terima kasih.
ADDITIONAL ACCOMMODATION SURVEY FOR UTMKL STUDENTS
LINK: ADDITIONAL ACCOMMODATION SURVEY FOR UTMKL STUDENTS
With reference to the notice on the Planning of Repair Works at Kolej Siswa Jaya, please be informed that the Kolej Siswa Jaya (KSJ) UTM Kuala Lumpur is unable to accommodate all students throughout the duration of the ongoing repairs. Hence, priority for placement is given to new students, while most existing students will not be accommodated at KSJ. In this regard, to meet this need, the university is considering providing off-campus accommodation proposal for existing students which subjected to actual demand.
This proposal is designed to help students to find a suitable accommodation facilities by taking into account the environment and transportation facilities. This initiative requires a high level of commitment not only from the university, but from the students themselves.
The university will cover the additional costs for facilities and transportation. However, students will be responsible for a portion of the accommodation costs and utility usage. With this initiative, it is expected to ease the financial burden and commitment of students compared to obtaining accommodation separately, including the need for deposits, agreements and so on.
This survey is conducted to obtain feedback from students who are interested and their willingness to accept the offer of Off-Campus Dormitory Accommodation during the repair period at Kolej Siswa Jaya, which is scheduled from August 2025 to December 2027. The cooperation and attention from all students in completing this survey is greatly appreciated to assist the UTM management in making the best planning decisions. Thank you.