MAKLUMAN PENEMPATAN PELAJAR DI KOLEJ SISWA JAYA (KSJ)

Dimaklumkan bahawa berikutan pelaksanaan kerja-kerja naik taraf fasiliti secara berperingkat di Kolej Siswa Jaya (KSJ), pihak universiti telah mengambil keputusan untuk menutup semua penempatan pelajar pascasiswazah (postgraduate), lelaki dan perempuan, bermula Semester II, Sesi 2024/2025.

Pelajar pascasiswazah yang kini sedang menghuni di KSJ juga tidak akan disediakan penempatan semula di kolej ini selepas tarikh rasmi pemulangan kunci pada akhir semester semasa.

Selain itu, semua pelajar kanan Diploma dan Sarjana Muda (lelaki dan perempuan) juga dikehendaki mengosongkan bilik masing-masing dan tidak akan disediakan penempatan semula selepas tarikh rasmi pemulangan kunci.

Keputusan ini dibuat bagi membolehkan kerja-kerja naik taraf dilaksanakan dengan selamat dan efisien, serta memberi keutamaan penempatan kepada pelajar baharu sesi Julai dan Oktober 2025.

Tindakan Pelajar:

  • Merancang awal untuk mendapatkan penginapan luar kampus.
  • Mematuhi arahan rasmi dan jadual pemulangan kunci yang akan dimaklumkan.
  • Berhubung dengan Pejabat Kolej atau Jawatankuasa Pelajar Luar Kampus untuk sebarang bantuan.

Pihak pengurusan kolej amat menghargai kerjasama dan kefahaman semua pelajar dalam perkara ini. Sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan melalui laman web rasmi KSJ dan saluran komunikasi rasmi yang berkaitan.

Sekian, terima kasih.

Pejabat Pengetua
Kolej Siswa Jaya
Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur

NOTICE ON STUDENT ACCOMMODATION AT KOLEJ SISWA JAYA (KSJ)

Please be informed that due to the upcoming phased upgrading works at Kolej Siswa Jaya (KSJ), the University has decided to close all postgraduate student accommodations (both male and female) starting from Semester II, 2024/2025 session.

Postgraduate students currently residing in KSJ will not be provided with reallocation after the official room key return at the end of the current semester.

In addition, all senior Diploma and Bachelor’s degree students (both male and female) are also required to vacate their rooms, and no reallocation will be provided after the official room key return.

This decision is made to facilitate the upgrading works safely and efficiently, and to prioritize accommodation for new students enrolling in the July and October 2025 intakes.

Actions for Students:

  • Plan ahead for alternative off-campus accommodation.
  • Comply with the official instructions and key return schedule to be announced.
  • Contact the College Office or the Off-Campus Student Committee for any assistance.

The college management highly appreciates the cooperation and understanding of all students. Further updates will be communicated through the official KSJ website and communication channels.

Thank you.

Office of the Principal
Kolej Siswa Jaya
Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur