PENGENALANJAWATANKUASA KOLEJ MAHASISWA KTF
Penubuhan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) di setiap kolej kediaman mahasiswa adalah bertujuan untuk menjalankan program berteraskan kebajikan, keusahawanan, kepimpinan, kerohanian dan aktiviti dalam kalangan penghuni kolej atau masyarakat umum. JKM dibentuk di bawah kawal selia Pengetua dan Majlis Felow di setiap kolej. Aktiviti yang dilaksanakan bertujuan untuk menggalakkan integrasi kaum, pembangunan sahsiah, dan bimbingan akademik mahasiswa. JKM dibentuk mengikut keperluan dan kapasiti kolej masing-masing.