5.3.1 PROGRAM/AKTIVITI BERASASKAN SISA
Melalui program Farm Rangers yang dianjurkan oleh Exco Kelestarian KTC 25/26, pelajar diberi peluang untuk merasai pengalaman membuat baja kompos yang menggunakan sisa daun kering dan sayur yang telah rosak. Penghasilan baja kompos yang berasaskan organik ini amat baik kepada tumbuhan kerana tidak mempunyai bahan kimia dan melalui pendedahan ini pelajar dapat meningkatkan kesedaran kepada alam sekitar.