Select Page

PERLAKSANAAN AKTIVITI KELESTARIAN DI KOLEJ PERINGKAT NEGERI

Sabah Academic, Innovation, and Culture Exchange Program 2025 (SAICEP 2.0)

KOTA KINABALU, 7 Mei – Program Sabah Academic, Innovation, and Culture Exchange Program 2025 (SAICEP 2.0) telah berlangsung pada 28 April hingga 7 Mei 2025 di Kota Kinabalu dengan penyertaan pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS). Program ini menekankan elemen pembelajaran, inovasi dan pertukaran budaya selaras dengan SDG 4, SDG 9 dan SDG 17 melalui kerjasama pelbagai pihak termasuk institusi pendidikan, industri dan komuniti. Antara pengisian utama ialah Program Anak Angkat di Kampung Kinapulidan, Ranau yang melibatkan 13 keluarga angkat, sekali gus mengeratkan hubungan antara pelajar dan masyarakat setempat serta memupuk nilai kekeluargaan dan kehidupan bermasyarakat.

SAICEP 2.0 telah mengetengahkan elemen inovasi melalui penganjuran Program Pengenalan Asas STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) dengan bimbingan mesra para fasilitator daripada UTM dan UMS. Program ini menyasarkan kanak-kanak daripada komuniti setempat dengan pendekatan pendidikan yang interaktif, bertujuan memupuk minat terhadap bidang STEM. Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah pembinaan lif hidraulik, dan aktiviti penapis air semula jadi. Program ini telah memperlihatkan pendekatan kreatif dalam pendidikan mampu merapatkan jurang pengetahuan dalam kalangan generasi muda luar bandar.

UTM Open Day