SAICEP 2.0
Program Sabah Academic, Innovation and Culture Exchange Programme (SAICEP 2.0) anjuran Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM), Kolej Tuanku Canselor dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS) merupakan program pemindahan ilmu, inovasi, dan pertukaran budaya yang melibatkan pelajar universiti bersama masyarakat di Sabah. Program ini memberi fokus kepada perkongsian pengetahuan dan pengalaman dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, teknologi, serta pembangunan komuniti. Pelaksanaan program ini turut melibatkan aktiviti bersama komuniti setempat yang bertujuan meningkatkan kesedaran, kemahiran, dan kesejahteraan masyarakat. Secara tidak langsung, program ini mengukuhkan hubungan dua hala antara institusi pengajian tinggi dan masyarakat melalui pendekatan university-community engagement.
Foto sebelum berlepas ke Kota Kinabalu, Sabah
Program Anak Angkat bersama Komuniti Kampung Kinapulindan
Festival Rakyat bersama Komuniti Kampung Kinapulindan
Persembahan Tarian Zapin daripada kru UTM
GO EAST JAVA 2.0
Program Go East Java 2.0 anjuran Kelab Lambaian Masyarakat, Biro Kemasyarakatan dan Kelestarian, Jawatankuasa Kolej Mahasiswa, Kolej Tuanku Canselor dengan kerjasama Universitas Airlangga (UNAIR) merupakan program khidmat masyarakat dan pertukaran budaya di peringkat antarabangsa. Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk memindahkan ilmu dan kemahiran akademik kepada komuniti luar negara melalui aktiviti pendidikan, pembangunan komuniti, serta perkongsian pengetahuan dalam aspek sosial dan ekonomi. Selain itu, program ini turut memberi pendedahan kepada pelajar tentang budaya, adat, dan cara hidup masyarakat setempat, sekali gus memperkukuh kefahaman silang budaya serta membentuk mahasiswa yang lebih global dan berdaya saing.
Moment terakhir di KLIA2 sebelum bertolak ke Lapangan Terbang Yogyakarta, Indonesia
Lawatan ke Fakulti Elektrik di Universitas Ahmad Dahlan
Para peserta yang hadir pada aktiviti pengajaran Crochet
Demonstrasi tanaman Akuaponik kepada penduduk desa
TERRATECH
Program TERRATECH Leadership Programme anjuran SMARTCAMP, di bawah Biro Akademik Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tuanku Canselor merupakan program berteraskan STEM dan kelestarian alam sekitar yang melibatkan pemindahan ilmu kepada pelajar sekolah menengah. Program ini memberi penekanan kepada aplikasi ilmu STEM (Science, Technology, Engineering, and Mathematics) dalam konteks sebenar melalui aktiviti pendidikan, kepimpinan, dan kesedaran alam sekitar. Pelajar universiti berperanan sebagai fasilitator dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar sekolah, di samping menggalakkan pembangunan kepimpinan dan minat terhadap STEM dalam kalangan generasi muda.
Sesi bergambar bersama komuniti Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru UDA
Aktiviti The 80th Bridge
Taklimat dan Perkongsian di Laman Bakau Parit Kassim
Aktiviti Penanaman Anak Benih