Kempen Pinggan Sihat Malaysia
Kempen Pinggan Sihat Malaysia diadakan bermula 1 April 2025 hingga 15 April 2025. Kempen ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang pengambilan makanan seimbang mengikut konsep “Pinggan Sihat”, di samping menekankan kepentingan mengambil makanan dalam kuantiti yang mencukupi bagi mengelakkan pembaziran. Inisiatif ini bukan sahaja menyokong gaya hidup sihat, malah menyumbang kepada usaha pemeliharaan alam sekitar melalui pengurangan sisa makanan.