Select Page

Astana 5.0

Kempen Derma Darah diadakan semasa Astana 5.0 di Dewan Astana KTC, S01.

Generasi Sejahtera
Program ini adalah salah satu usaha untuk meningkatkan kesedaran tentang kesihatan mental dan pengurusan emosi yang lebih effektif dalam kalangan belia di sekitar Johor Bahru dan Iskandar Putri. Objective program adalah untuk mempromosi dan meningkatkan kesedaran tentang sosioemosi dan penjagaan kesihatan mental. Selain itu, program ini dapat meningkatkan taraf kesihatan mental dan pengurusan emosi dengan baik. 

KTC Care

Program KTC Care ini menjemput Dr Nik Rafidah binti Nik Yusoff Pegawai Psikologi, Pusat Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling untuk memberi ceramah motivasi kepada para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan akhir semester. Program ini bukan sekadar satu inisiatif ibadah dan kebajikan, malah menjadi platform untuk memupuk kesedaran tentang pentingnya keseimbangan antara persediaan akademik dan ketenangan spiritual. Melalui KTC Care, diharapkan setiap pelajar dapat menghadapi peperiksaan dengan hati yang tenang, semangat yang kuat, dan doa yang mengiringi setiap langkah menuju kejayaan.

SAICEP 2.0

Program anak angkat dibawah SAICEP 2.0 dilakukan pada hari ketiga, bersama komuniti di kampung Kinapulindan. Program ini menggalakkan perkongsian pintar terhadap pengetahuan, teknologi dan budaya antara masyarakat di Malaysia.

Senarai jumlah inisiatif program kesihatan dan kesejahteraan yang dilaksanakan berkerjasama dengan institusi kesihatan tempatan, kebangsaan.
1) Astana 5.0

2) Generasi Sejahtera
3) KTC Care
4) SAICEP 2.0

 

UTM Open Day