3.1.2.3 KERJASAMA BERSAMA NGO DALAM PROGRAM KELESTARIAN
KTC FARM RANGERS
Program ini merupakan inisiatif kelestarian anjuran Jawatankuasa Kolej Pelajar Kolej Tuanku Canselor melalui kolaborasi strategik bersama Zenxin Organic Park, ladang organik terbesar di Malaysia. Kerjasama ini memberi pendedahan secara langsung kepada 38 orang peserta mengenai teknik pertanian mampan, pengurusan sisa domestik melalui pengkomposan serta inovasi kitar semula.
TERRATECH 2025
Program ini merupakan hasil kolaborasi strategik antara Kelab SMARTCAMP di bawah naungan Kolej Tuanku Canselor (KTC) bersama komuniti setempat dalam memacu agenda kelestarian alam sekitar. Melalui kerjasama ini, mahasiswa UTM turun padang untuk menjalankan aktiviti konservasi di Laman Bakau Parit Kassim dengan menanam 160 anak pokok bakau. Sinergi ini berjaya menggabungkan elemen pendidikan inovatif dan tanggungjawab sivik, sekaligus memperkukuh peranan belia dalam usaha pemulihan ekosistem paya bakau dan pemeliharaan khazanah alam semula jadi secara mampan.
KHIDMAT KOMUNITI LESTARI 2.0
Program Khidmat Komuniti Lestari 2.0 (KKL 2.0) merupakan inisiatif impak sosial anjuran Kelab EcoChamps yang dilaksanakan melalui kolaborasi strategik bersama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Desa Idaman, Senai. Kerjasama ini memfokuskan kepada pemerkasaan hubungan universiti-komuniti menerusi aktiviti kelestarian di kebun komuniti yang merangkumi usaha pembersihan kawasan dan pemupukan kesedaran perubahan iklim selaras dengan matlamat SDG 11, 13, dan 17.