Select Page

BAHAGIAN 5 : ALAM SEKITAR

SUDUT LESTARI

KAWASAN SEKITAR

 Persekitaran blok S01 turut dihiasi dengan pelbagai jenis pokok dan bunga-bungaan yang mencantikkan landskap serta mewujudkan suasana yang tenang dan kondusif.

Kawasan Hijau

S01, KTC

GO EAST JAVA

23 Feb – 1 Mac 2024

BACKPACKING TO THAILAND

6 – 11 Mac 2024

TARIAN TRADISIONAL

Dipraktikkan oleh kelab-kelab & JKM KTC

KEMPEN KESEDARAN TENAGA

Menggalakkan semua staf untuk menandatangani ikrar sebagai staf mesra tenaga

GOTONG-ROYONG PERDANA KTC

14 Dec 2024

PROGRAM KITAR SEMULA AIR

KEMPEN PENJIMATAN AIR KTC

Melalui peralatan cekap air

5.1.1 Ekosistem

Pejabat KTC telah mewujudkan ruang hijau yang dipapankan sebagai ruang lestari/kelestarian untuk ingatkan pelajar – pelajar menjaga alam sekitar. Selain daripada itu, KTC juga terdapat banyak pondok di sekitar Blok S01 yang disediakan untuk kegunaan penghuni bagi mengisi masa lapang dengan aktiviti santai atau perbincangan. 

5.1.2 Budaya & Warisan Seni

Di kawasan seluruh S01 mempunyai kawasan hijau yang dijaga oleh staf dan JKM KTC. Terdapat beberapa program yang telah dianjurkan oleh Kelab – Kelab & JKM KTC dengan objektif untuk pertukaran budaya dan membentuk kesedaran dalam menjaga warisan budaya suatu negara. Sebagai contoh, Program Go East Java.

Selain itu, tarian tradisional telah dipraktikkan oleh Kelab-Kelab & JKM KTC supaya dapat memupuk kesedaran memelihara warisan budaya yang unik kepada Malaysia.

5.2 Pengurusan Tenaga

KTC telah melaksanakan kempen kesedaran tenaga dengan menggalakkan semua staf untuk menandatangani ikrar sebagai staf mesra tenaga. Usaha ini menunjukkan wujudnya inisiatif pengurusan tenaga di peringkat organisasi, yang menyokong budaya penjimatan tenaga secara menyeluruh. Ikrar ini merangkumi panduan penggunaan penghawa dingin, pencahayaan, dan peralatan elektrik dengan cekap. Ini adalah sebahagian daripada strategi dalaman untuk mengurus penggunaan tenaga di jabatan.

5.3.1 Pengurusan Sisa
(Program/aktiviti berkaitan sisa di KTC bagi tahun semasa)

Pada tahun 2024, pihak kelab Ecochamps, iaitu salah satu kelab di bawah naungan JKM KTC telah mengadakan Program KTC ceria dimana program tersebut merangkumi aktiviti Gotong Royong Perdana, Jom Kitar Semula dan sebagainya. Untuk aktiviti Jom Kitar Semula, pihak penganjur telah mengumpul barangan kitar semula seperti kertas, botol plastik, barangan elektronik dan sebagainya daripada peserta dan penghuni KTC yang lain. Untuk aktiviti gotong-royong pula, peserta juga diminta untuk mengemaskan kawasan sekitar KTC, dan mengumpul sisa-sisa organik seperti daun yang gugur.
Selain itu, Minggu Mesra Mahasiswa turut dijalankan sebagai suatu program yang menyambut kedatangan pelajar baharu dan membolehkan pelajar baharu untuk lebih mengenali kawasan sekeliling di UTM. Sepanjang program ini, JKM KTC banyak melakukan sikap pengurusan sisa dengan baik untuk memupuk kesedaran pengurusan sisa secara terancang dan bersepadu supaya dapat memberikan manfaat yang sangat bermakna kepada alam sekitar.

5.4 Pengurusan Air

Pada tahun 2024, program kitar semula turut disediakan dan dijalankan di blok-blok KTC untuk memupuk sikap kitar semula air. Kelab-kelab dan JKM KTC juga merealisasikan sikap penggunaan air secara lestari dengan menggunakan peralatan cekap air bagi menjimatkan penggunaan air